home
Laman Utama
content_paste
Fatwa Negeri Johor
Himpunan Fatwa Negeri Johor
Fatwa Mengikut Kategori
Fatwa Diwartakan
Fatwa Tidak Warta
assignment
Soal Jawab Agama
Himpunan Soal Jawab
Soal Jawab Mengikut Kategori
Maklum Balas Soal Jawab
Semakan Soal Jawab
explore
Permohonan Kiblat
chevron right
Permohonan Pengukuran Arah Kiblat
Semakan Permohonan Arah Kiblat
menu_book
Manual Pengguna
language
Website Jab Mufti
Toggle navigation
Detail Soal Jawab Agama
Soalan :
Assalamualaikum w.b.t. Saya ada beberapa persoalan berkenaan harta pusaka. Ibu dan kakak saya baru sahaja meninggal dunia dan tidak sempat menyediakan apa-apa wasiat berkaitan dengan peninggalan harta mereka. Antara harta peninggalan yang ada adalah wang simpanan di bank, wang tunai, 1 biji rumah dan barang kemas. Untuk makluman, urusan bayaran untuk pengebumian, pelunasan atau pembayaran hutang arwah telah berjaya diselesaikan oleh waris tanpa menggunakan wang peninggalan arwah. Persoalan: 1. Sekiranya semua ahli keluarga/waris bersetuju untuk wang simpanan di bank dan wang tunai tidak dibahagikan secara faraid tetapi digunakan sepenuhnya untuk diwakafkan/disedekahkan/dibayar zakat bagi pihak arwah, adakah ianya dibenarkan mengikut syarak? 2. Sekiranya semua ahli keluarga/waris bersetuju untuk barang kemas peninggalan arwah tidak dibahagikan secara faraid tetapi diberikan kepada anak dan adik perempuan yang lain, adakah ianya dibenarkan oleh syarak? 3. Sekiranya semua ahli keluarga/waris bersetuju untuk rumah peninggalan tersebut tidak dibahagikan secara faraid tetapi dijadikan sebagai rumah pusaka, adakah ianya dibenarkan oleh syarak? Terima kasih atas jawapan yang diberikan.
Tahun Dikeluarkan :
Kategori :
Jawapan :
Walaikumusalam Alhamdulilah setelah urusan bayaran pengebu,iam jenazah & hutamh-hutang jenazah samada hutang dengan Allah SWT seperti hutang haji,puassa,zakat jika wajib dibayar mengikut syarat2nya dan hutang dengan manusia dapat diselesaikan maka perlu dikenalpasti waris2 yang berhak terhadap harta kedua-duanya iaitu arwah ibu dan arwah kakak Soalan 1- 3 Jika waris semua bersetuju, maka boleh harta itu disalurkan di mana-mana atas persetujuan semua ahli waris samada untuk diwaqafkan, sedekah sebahagian kepada adik beradik perempuan (untuk barang kemas sebagaimana yang dipersetujui oleh semua waris). Ini adalah kerana setelah meninggal dunia harta-harta si mati telah berpindah kepada ahli waris. Manakala zakat untuk si mati hendaklah dikeluarkan terlebih dahulu sebelum di bahagi harta pusaka kerana zakat merupakan kewajipan dan hutang si mati kepada Allah SWT. mengenai rumah peninggalan si mati pula jika dapat diurus dengan baik dan manfaat serta ada kebaikan untuk ahli waris untuk dijadikan rumah pusaka maka tidak salah. Tetapi jika terbiar kosong dan buruk serta susut nilai maka perlu difikirkan cara yang lebih bermanfaat. Semoga mendapat penjelasan , teima kasih.
chevron_left
Kembali