home
Laman Utama
content_paste
Fatwa Negeri Johor
Himpunan Fatwa Negeri Johor
Fatwa Mengikut Kategori
Fatwa Diwartakan
Fatwa Tidak Warta
assignment
Soal Jawab Agama
Himpunan Soal Jawab
Soal Jawab Mengikut Kategori
Maklum Balas Soal Jawab
Semakan Soal Jawab
explore
Permohonan Kiblat
chevron right
Permohonan Pengukuran Arah Kiblat
Semakan Permohonan Arah Kiblat
menu_book
Manual Pengguna
language
Website Jab Mufti
Toggle navigation
Detail Soal Jawab Agama
Soalan :
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya apakah hukum mengeluarkan zakat pelaburan/pendapatan daripada hasil pelaburan/pendapatan forex online trading. Semoga tuan dapat mengulas akan isu ini. Saya bertanya kerana ramai kawan saya menjadi jutawan hasil dari trade forex online dan mereka mengeluarkan zakat.
Tahun Dikeluarkan :
Kategori :
Jawapan :
Asalamualaikum Pertamanya, Perdagangan Matawang (FOREX) mempunyai pelbagai gambaran dan bentuk. Tulisan ini memfokuskan pada bentuk Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) melalui platfom elektronik yang sudah difatwakan haram dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98. Kenyataanya seperti berikut: “Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara”.[1] Justeru, mana - mana sumber hasil dari pendapatan yang haram maka ia adalah haram dan zakat tidak wajib dikeluarkan Walahualam.
chevron_left
Kembali