home
Laman Utama
content_paste
Fatwa Negeri Johor
Himpunan Fatwa Negeri Johor
Fatwa Mengikut Kategori
Fatwa Diwartakan
Fatwa Tidak Warta
assignment
Soal Jawab Agama
Himpunan Soal Jawab
Soal Jawab Mengikut Kategori
Maklum Balas Soal Jawab
Semakan Soal Jawab
explore
Permohonan Kiblat
chevron right
Permohonan Pengukuran Arah Kiblat
Semakan Permohonan Arah Kiblat
menu_book
Manual Pengguna
language
Website Jab Mufti
Toggle navigation
Detail Soal Jawab Agama
Soalan :
Assalamualaikum Suami saya seorang OKU penglihatan dan sukar menaip sendiri (penglihatan yang terhad) Suami saya disahkan menghidap benign brain tumore pada 2018 dan pembedahan telah dibuat. Beliau mengalami komplikasi di mana penglihatan beliau sangat kabur dan beliau dikategorikan sebagai legally blind oleh pihak perubatan. Beliau menghadapi kesukaran untuk bergerak sendiri di luar rumah. Apakah hukumnya jika beliau tidak menunaikan solat jumaat? Beliau selalu risau berkenaan hal ini tetapi beliau tidak dapat pergi sendiri. Buat masa ini beliau telah berpencen atas sebab kesihatan dan membantu membuat kerja rumah. Saya juga bekerja dan perjalanan pergi dan balik kerja ambil masa 1 jam ke 1 jam setengah bergantung kepada trafik. Mohon pencerahan Terima kasih.
Tahun Dikeluarkan :
Kategori :
Jawapan :
Assalamualaikum Untuk makluman pihak puan, salah satu syarat yang mewajibkan solat Jumaat adalah sihat iaitu tidak wajib ke atas orang yang uzur atau tidak sihat hingga menghalangnya ke masjid. Justeru dalam masalah suami puan jika ada lelaki sama ada jiran atau rakan yang mampu membawanya ke masjid dan beliau berkemampuan untuk bergerak ke solat jumaat di masjid maka wajib baginya. Jika sebaliknya maka gugurlah kewajiban solat jumaat. Terima kasih
chevron_left
Kembali