home
Laman Utama
content_paste
Fatwa Negeri Johor
Himpunan Fatwa Negeri Johor
Fatwa Mengikut Kategori
Fatwa Diwartakan
Fatwa Tidak Warta
assignment
Soal Jawab Agama
Himpunan Soal Jawab
Soal Jawab Mengikut Kategori
Maklum Balas Soal Jawab
Semakan Soal Jawab
explore
Permohonan Kiblat
chevron right
Permohonan Pengukuran Arah Kiblat
Semakan Permohonan Arah Kiblat
menu_book
Manual Pengguna
language
Website Jab Mufti
Toggle navigation
Detail Soal Jawab Agama
Soalan :
Assalamualaikum wbt. Saya bekerja di sebuah syarikat swasta di Johor. Waktu kerja saya adalah syif 12 jam bermula 8 pagi hingga 8 malam. Dan setiap 1 minggu akan tukar kepada syif 8 malam hingga 8 pagi. Hari jumaat adalah cuti tapi majikan arah pekerja perlu masuk lebih waktu. Dan pada setiap kali waktu Jumaat tidak diberi pelepasan kepada pekerja lelaki muslim keluar solat jumaat. Adakah situasi saya di atas dibenarkan untuk tidak solat Jumaat atau saya perlu berhenti dan cari kerja lain?
Tahun Dikeluarkan :
Kategori :
Jawapan :
Waalaikumussalam Terima kasih atas persoalan yang diberikan. Pihak kami amat berdukacita dengan tindakan pihak syarikat tempat tuan bekerja kerana tidak memberi pelepasan untuk tuan menunaikan solat jumaat. Dalam situasi ini pihak tuan boleh mengambil beberapa tindakan seperti berikut : 1. Solat jumaat adalah wajib, maka wajib ditunaikan kecuali terdapat uzur syarie 2. Untuk sementara, tuan boleh membuat aduan rasmi kepada Pejabat Tenaga Kerja Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan pembelaan yang sewajarnya. 3. Sekiranya tidak dapat penyelesaian, tuan dinasihatkan untuk mencari kerja lain yang membolehkan tuan menunaikan solat jumaat memandangkan ia merupakan fardhu yang wajib dilaksanakan dan menjadikan pendapatan yang diterima lebih berkat. Terima Kasih.
chevron_left
Kembali