home
Laman Utama
content_paste
Fatwa Negeri Johor
Himpunan Fatwa Negeri Johor
Fatwa Mengikut Kategori
Fatwa Diwartakan
Fatwa Tidak Warta
assignment
Soal Jawab Agama
Himpunan Soal Jawab
Soal Jawab Mengikut Kategori
Maklum Balas Soal Jawab
Semakan Soal Jawab
explore
Permohonan Kiblat
chevron right
Permohonan Pengukuran Arah Kiblat
Semakan Permohonan Arah Kiblat
menu_book
Manual Pengguna
language
Website Jab Mufti
Toggle navigation
Detail Soal Jawab Agama
Soalan :
Assalamualaikum. Nak tanya, setiap kali rasa syahwat, patut check kemaluan in case ada mazi, atau tak perlu check unless yakin ada mazi?
Tahun Dikeluarkan :
Kategori :
Jawapan :
Assalamualaikum WBT.. Terima kasih kerana mengemukakan soalan. Dalam menjawab persoalan ini perlulah diketahui bahawa asal bagi setiap sesuatu itu adalah suci dan harus. Misalnya seorang yang syak bahawa pakaiannya terdapat najis maka hendaklah ia berpegang bahawa pakaiannya itu suci daripada najis hinggalah terbukti kenajisan pada pakaian itu. Ini bertepatan dengan kaedah fiqh yang berbunyi: اليقين لا يزول بالشك Keyakinan itu tidak dihilangkan dengan syak Kaedah ini dibina berdasarkan sebuah hadis daripada Nabi s.a.w mengenai seorang yang mengandaikan berlaku sesuatu dalam solatnya, maka baginda S.a.w menjawab: لَا يَنْصَرِفْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْ يَجِدَ رِيحًا Janganlah dia pergi sehinggalah dia mendengar bunyi atau mendapati ada bau Maka dalam menjawab persoalan ini, tidak wajib bagi seseorang itu untuk memeriksa sama ada keluarnya mazi setiap kali naik syahwat melainkan telah yakin bahawa air mazi itu keluar daripada kemaluannya seperti merasa basah pada bahagian kemaluan atau pakaian dalam. Sekian, terima kasih. Wallahu 'Alam.
chevron_left
Kembali