home
Laman Utama
content_paste
Fatwa Negeri Johor
Himpunan Fatwa Negeri Johor
Fatwa Mengikut Kategori
Fatwa Diwartakan
Fatwa Tidak Warta
assignment
Soal Jawab Agama
Himpunan Soal Jawab
Soal Jawab Mengikut Kategori
Maklum Balas Soal Jawab
Semakan Soal Jawab
explore
Permohonan Kiblat
chevron right
Permohonan Pengukuran Arah Kiblat
Semakan Permohonan Arah Kiblat
menu_book
Manual Pengguna
language
Website Jab Mufti
Toggle navigation
Detail Soal Jawab Agama
Soalan :
Assalamualaikum. Saya seorang suami dan mempunyai ibu yang tinggal bersama di rumah saya. Akan tetapi sejak berkahwin, ibu saya sering mencari kesalahan isteri walaupun atas perkara yang tidak munasabah, dan mengatakan isteri saya seorang isteri yang tidak baik. Contohnya saya ingin bersama-sama isteri melawat ibubapa isteri saya, tetapi tiap kali itu juga ibu saya menunjukkan ketidakpuasan hati dan ibu saya menuduh saya dipaksa meninggalkan dirinya. Saya juga mempelawa untuk membawa ibu saya bersama, tetapi ibu saya menolak dan enggan berbaik dengan ibubapa mertua saya walaupun mereka telah cuba berbaik dengan ibu saya. Contoh lain, Isteri saya juga meminta izin dari ibu saya untuk menjemput ibu bapa isteri saya datang ke rumah saya, tetapi ibu saya menuduh isteri saya cuba menghalau dirinya dan membenci isteri saya. Kami telah cuba pelbagai cara untuk membaiki hubungan antara ibu saya dengan isteri saya & ibubapa isteri saya, tetapi ibu saya enggan bekerjasama dan memaki hamun kami. Ibu saya berkeras tanpa kompromi bahawa anak lelaki wajib mentaati segala kehendak ibu dan tidak boleh mempersoalkan tuntutan itu walau seperti berlaku tidak adil tanpa mempedulikan isteri saya. Ibu saya juga memburuk burukkan isteri saya dengan bercerita kepada ibu-ibu saudara saya dan mereka kini turut membenci isteri dan ibu bapa isteri saya yang tidak bersalah, sehingga sanggup menghina keturunan contohnya "keling beranak jumaat maka taruklah nama syed sharifah".. Persoalannya, adakah ibu saya berlaku zalim terhadap saya, isteri saya atau ibubapa isteri saya, atau saya masih perlu patuh pada kehendaknya (tidak melawat mertua, tidak membaiki hubungan ibu dengan mertua, dan sbg nya). Apakah tindakan yang wajar untuk saya ambil. Adakah saya perlu berpindah dari rumah saya supaya dapat hidup aman dengan isteri, atau bercerai atau teruskan tinggal bersama isteri dan ibu, atau apa apa tindakan lain. Saya telah cuba mencari jawapan untuk persoalan ini bertahun (hak isteri kepada suami apabila ibu berlaku tidak adil dan kejam kepada anak dan menantu) tetapi tidak mendapat jawapan yang jelas. Saya meminta jasa baik pihak mufti untuk khidmat nasihat kerana saya telah kebuntuan. Saya cuma ingin keluar dari perbuatan berdosa & mencari kebahagian dalam hidup. Terima kasih. Assalamualaikum.
Tahun Dikeluarkan :
Kategori :
Jawapan :
Assalamualaikum WBT.. Terima kasih kerana mengemukakan soalan. Semoga tuan diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian dan cabaran dalam kehidupan. Kewajipan mentaati ibubapa adalah suatu yang dituntut dalam Islam. Kewajipan mentaati ini hanya tertakluk kepada perkara-perkara yang diperintahkan dan dilarang oleh Allah Subhanahuwataala sahaja. Sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud tiada taat dalam perkara-perkara maksiat. Sesungguhnya (kewajipan) taat hanya pada perkara kebaikkan riwayat Imam Bukhari (7257) dan Muslim (1840). Namun berdasarkan persoalan yang tuan berikan sebagai anak kita perlu bijaksana dalam menilai perkara yang sepatutnya atau tidak sepatutya ditaati. Ini bermaksud sebagai anak perlu membuat pertimbangan kepada semua perkara yang berlaku bagi mengelakkan mana-mana pihak kecil hati dengan tindakan yang dibuat. Cari jalan tengah atau sebaiknya. Tuan berhak sebagai seorang anak untuk mentaati ibubapa selagi mana perkara yang diminta tidak melanggar hukum syarak atau undang-undang. Jika permintaan ibubapa boleh menyebabkan kemudharatan seperti terputusnya hubungan silaturrahim atau menyakitkan hati mana-mana pihak maka tuan boleh mempertimbangkan untuk tidak mentaatinya. Pada masa yang sama menegur ibubapa dengan nasihat yang baik dan bersikap terbuka jika nasihat tersebut tidak diterima. Jangan sesekali menggunakan kata-kata kesat kepada ibubapa. Semoga tuan sekali lagi diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi perkara ini. Wallahu 'Alam. Sekian, terima kasih.
chevron_left
Kembali