home
Laman Utama
content_paste
Fatwa Negeri Johor
Himpunan Fatwa Negeri Johor
Fatwa Mengikut Kategori
Fatwa Diwartakan
Fatwa Tidak Warta
assignment
Soal Jawab Agama
Himpunan Soal Jawab
Soal Jawab Mengikut Kategori
Maklum Balas Soal Jawab
Semakan Soal Jawab
explore
Permohonan Kiblat
chevron right
Permohonan Pengukuran Arah Kiblat
Semakan Permohonan Arah Kiblat
menu_book
Manual Pengguna
language
Website Jab Mufti
Toggle navigation
Detail Soal Jawab Agama
Soalan :
Assalamualaikum Tuan/Puan, Saya Farah ingin bertanyakan soalan berkaitan fidyah. Puasa tahun 2022, saya tidak puasa selama sebulan kerana alahan yang sangat teruk di awal kehamilan. Saya tidak mampu untuk berpuasa kerana muntah yang kerap dan jika dibiarkan perut kosong, perut mula masuk angin dan akan berasa loya. Disebabkan terlalu risau akan terjadi apa-apa pada kandungan, saya pilih untuk tidak berpuasa. Suami juga tidak galakan saya berpuasa kerana melihat keadaan saya yang lemah. Persoalan saya, wajibkah ke atas saya untuk ganti puasa 30 hari? Atau cukup sekadar membayar fidyah untuk 30 hari? Jika saya perlu membuat kedua-duanya, berapakah jumlah fidyah yang perlu saya bayar?
Tahun Dikeluarkan :
Kategori :
Jawapan :
Assalamualaikum Puan, mengenai puasa yang puan tinggalkan selama sebulan pada ramadhan tahun 2022 yang lalu, ianya mengikut kepada keadaan yang berlaku kepada puan sebagaimana berikut : 1. Jika puan meninggalkan puasa kerana bimbang akan berlaku mudarat kepada diri puan sendiri atau puan bimbang akan berlaku mudarat kepada kedua-duanya (diri puan sendiri dan anak puan), maka dalam keadaan ini puan wajib mengqada' sahaja puasa yang puan tinggalkan selama sebulan, tetapi wajib dihabiskan puasa qada' tersebut sebelum masuk ramadan tahun berikutnya (tahun 2023). Jika tidak mampu menghabiskan fidyah atas baki puasa yang tidak sempat dihabiskan kemudian setelah berakhir ramadan tahun 2023 puan wajib menghabiskan baki puasa qada' sebelum masuk ramadan tahun 2024. 2. Jika puan meninggalkan puasa kerana bimbang akan berlaku mudarat kepada bayi yang dikandungkan seperti bimbang akan keguguran kandungan jika berpuasa, maka dalam keadaan ini puan diwajibkan qadha' dan juga membayar fidyah, dalam keadaan ini suami yang wajib mengeluarkan fidyah, puan hanya qada' puasa sahaja. Kiraan fidyah adalah seperti berikut : 30 hari x 1.75 = RM52.50
chevron_left
Kembali