home
Laman Utama
content_paste
Fatwa Negeri Johor
Himpunan Fatwa Negeri Johor
Fatwa Mengikut Kategori
Fatwa Diwartakan
Fatwa Tidak Warta
assignment
Soal Jawab Agama
Himpunan Soal Jawab
Soal Jawab Mengikut Kategori
Maklum Balas Soal Jawab
Semakan Soal Jawab
explore
Permohonan Kiblat
chevron right
Permohonan Pengukuran Arah Kiblat
Semakan Permohonan Arah Kiblat
menu_book
Manual Pengguna
language
Website Jab Mufti
Toggle navigation
Detail Soal Jawab Agama
Soalan :
Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya .. Apakah hukum mencabut rumput-rumput yang berada di atas kubur (pusara)? Ada yang menyatakan bahawa sekiranya dicabut perkara tersebut adalah tidak baik. Mohon penjelasan. Terima kasih..
Tahun Dikeluarkan :
Kategori :
Jawapan :
Assalamualaikum WBT.. Terima kasih kerana mengemukakan soalan. Hukum menanam dan mencabut pokok di atas tanah perkuburan. Berkata Imam Ibnu Hajar Al-hAITAMI : "Disunatkan meletakkan pelepah yang hijau di atas kubur kerana ittiba' (mengikut Nabi SAW), sanatnya sahih dan kerana sesungguhnya perbuatan itu boleh meringankan azab dengan berkat tasbih pelepah itu, lantaran tasbih itu lebih sempurna berbanding tasbih dari pelepah yang kering, yang mana kehijaun itu adalah sejenis tanda-tanda hidup. Boleh dikiaskan hukum ini pada apa yang biasa dilakukan dengan meletakkan tumbuh-tumbuhan yang wangi dan seumpamanya (seperti bunga atau daun pandan). Haram mencabutnya (setelah diletakkan atau ditanam) seperti mana yang telah diperbahaskan oleh ulama kerana perbuantan mencabut itu menafikan hak mayat. Namun pada zahirnya, tidak haram kalau mencabut tumbuhan yang sudah kering untuk dibuang, kerana sudah hilang hak bagi mayat itu kerana kekeringannya, itulah kaitannya. Disunatkan untuk meletakkan tumbuhan yang masih kehjauan dan membuang yang sudah kering, secara keseluruhan, kerana melihat kepada kaitan yang disebut oleh baginda SAW peringanan azab dengan warna hijau selama mana tidak kering". Rujuk Kitab Tuhfatul Muhtaj (3/197). Kesimpulannya berdasarkan fakta dan keterangan di atas diharamkan untuk mencabut tumbuhan yang diletakkan di atas kubur melainkan jika ia dicabut oleh pemiliknya dengan meninggalkan sedikit daripada tumbuhan itu supaya tidak menghilangkan hak penghuni kubur. Begitu juga rumput yang tumbuh sendiri di atas kubur. Walaubagaimanapun diharuskan untuk membuang tumbuhan yang sudah kering dan disunatkan untuk diganti dengan tumbuhan yang baru. Wallahu 'Alam. Sekian, terima kasih.
chevron_left
Kembali