home
Laman Utama
content_paste
Fatwa Negeri Johor
Himpunan Fatwa Negeri Johor
Fatwa Mengikut Kategori
Fatwa Diwartakan
Fatwa Tidak Warta
assignment
Soal Jawab Agama
Himpunan Soal Jawab
Soal Jawab Mengikut Kategori
Maklum Balas Soal Jawab
Semakan Soal Jawab
explore
Permohonan Kiblat
chevron right
Permohonan Pengukuran Arah Kiblat
Semakan Permohonan Arah Kiblat
menu_book
Manual Pengguna
language
Website Jab Mufti
Toggle navigation
Detail Soal Jawab Agama
Soalan :
Assalamualaikum. Saya perlukan bantuan untuk sedikit pemahaman tentang braces dan kikis gigi. Atas pemahaman saya, braces diharuskan dan kikis gigi adalah haram. Tujuan asal saya memakai braces adalah kerana saya mempunyai gigi taring kiri dan kanan. Setelah 2 tahun memakai braces doctor memberitahu saya perlu trim atau kikis beberapa percelahan gigi untuk membetulkan kedudukan gigi sedia ada (gigi kedepan dan bentuk gigi tidak rata). Apakah boleh atau tidak saya meneruskan rawatan yang dicadangkan doktor saya? Saya masih was-was dengan tindakan ini. Saya harap saya boleh dapatkan sedikit penjelasan lebih lanjut tentang isu saya. Terima kasih, assalamualaikum.
Tahun Dikeluarkan :
Kategori :
Jawapan :
Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat. Pendakap gigi (braces) ialah alat yang digunakan untuk meluruskan (menjajarkan) gigi, dan memperbaiki jurang gigi. Pakar Ortodontik menyatakan ia merupakan satu rawatan yang dibuat berdasarkan pengkelasan pergigian supaya susunan gigi yang dianggap tidak normal dan tidak terurus dibetulkan kepada susunan yang betul. Pendakap gigi juga membaiki kedudukan gigitan gigi di dalam sesebuah rahang. Pada asalnya perbuatan merubah anggota asal manusia tanpa keperluan (hajiyyah) adalah diharamkan oleh syarak. Hal tersebut berdasarkan hadis bahawa Nabi SAW bersabda: لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ Maksudnya: “Allah SWT melaknat wanita-wanita yang melukis tatu dan wanita yang meminta dibuat tatu, wanita-wanita yang mencukur bulu kening dan wanita yang meminta mencukur bulu kening dan wanita-wanita yang menjarangkan gigi untuk kecantikan yang mana ia merubah ciptaan Allah SWT". Riwayat Muslim 2125 Ibn Hajar telah mensyarahkann hadis di atas seperti berikut: وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ يُفْهَمُ مِنْهُ أَنَّ الْمَذْمُومَةَ مَنْ فَعَلَتْ ذَلِكَ لِأَجْلِ الْحُسْنِ فَلَوِ احْتَاجَتْ إِلَى ذَلِكَ لِمُدَاوَاةٍ مِثْلًا جَازَ “Wanita-wanita yang menjarangkan gigi untuk kecantikan difahami daripada hadis bahawa ia adalah perbuatan tercela, dia melakukannya untuk tujuan kecantikan. Jika ianya dilakukan kerana keperluan perubatan maka diharuskan ( Lihat Fath al-Bari 10/372)[5] Sementara itu, Imam al-Nawawi memberi makna perkataan " لِلْحُسْن " : وَأَمَّا قَوْلُهُ الْمُتَفَلِّجَاتُ لِلْحُسْنِ فَمَعْنَاهُ يَفْعَلْنَ ذَلِكَ طَلَبًا لِلْحُسْنِ وَفِيهِ إِشَارَةٌ إِلَى أَنَّ الْحَرَامَ هُوَ الْمَفْعُولُ لطلب الحسن أما لو احتاجت إِلَيْهِ لِعِلَاجٍ أَوْ عَيْبٍ فِي السِّنِّ وَنَحْوِهِ فلابأس والله أعلم “Wanita yang menjarangkan gigi untuk kecantikan “li husn” memberi makna mereka buat perkara tersebut hanya untuk kecantikan dan di dalam hadis ini mengisyaratkan bahawa yang haram itu adalah apa yang dilakukan untuk tujuan kecantikan. Adapun sekiranya berhajat untuk merawat (suatu cela) atau kerana aib pada gigi maka dan seumpamanya, maka tidak menjadi masalah dan Allah lebih mengetahui (Rujuk al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim,14/107). [6] Oleh itu, hadis tersebut sebagai hujah larangan terhadap segala perbuatan pengubahsuaian ciptaan-Nya yang semata-mata bertujuan kecantikan tanpa keperluan rawatan. PENUTUP Kesimpulannya, berdasarkan dalil yang dikemukakan, hukum memakai pendakap gigi ( braces) mahupun kikis gigi adalah harus bagi tujuan rawatan gigi yang rosak seperti patah, jarang dan retak agar dapat mengembalikan fungsi gigi yang asal. Adapun, tiada keperluan mengikis gigi mahupun pendakap sekiranya tiada sebarang aib pada gigi atau hanya semata-mata untuk kecantikan. Rawatan kosmetik yang boleh mengubah ciptaanNya hanya boleh diterima pada situasi keperluan mendesak dan bukan semata-mata untuk kecantikan (tahsiniyyah). Wallahu 'alam.
chevron_left
Kembali