home
Laman Utama
content_paste
Fatwa Negeri Johor
Himpunan Fatwa Negeri Johor
Fatwa Mengikut Kategori
Fatwa Diwartakan
Fatwa Tidak Warta
assignment
Soal Jawab Agama
Himpunan Soal Jawab
Soal Jawab Mengikut Kategori
Maklum Balas Soal Jawab
Semakan Soal Jawab
explore
Permohonan Kiblat
chevron right
Permohonan Pengukuran Arah Kiblat
Semakan Permohonan Arah Kiblat
menu_book
Manual Pengguna
language
Website Jab Mufti
Toggle navigation
Detail Soal Jawab Agama
Soalan :
Assalamualaikum Ustaz. Mohon penjelasan berkaitan hukum Imam solat berjemaah di masjid/surau menggunakan mikrofon ketika berzikir dan berdoa selepas solat fardu sehingga mengganggu jemaah/makmum yang masbuk atau satu kumpulan solat berjemaah yang baru. Dan hukum program membudayakan Al Quran yang menggangu solat berjemaah yang lewat di masjid/surau. Sekian terima kasih.
Tahun Dikeluarkan :
Kategori :
Jawapan :
Waalaikumussalam Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T dengan kurniaan nikmat Iman dan Islam. Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga,sahabat-sahabat Baginda, serta seluruh kaum Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah S.W.T sekalian. Menjadi kebiasaan masyarakat melayu pada sesetengah tempat mendendangkan bacaan al-Quran atau berzikir menggunakan pembesar suara di masjid-masjid dan surau selepas solat fardhu jemaah. Berbalik kepada persoalan yang diberikan dapat disimpulkan bahawa dibenarkan penggunaan pembesar suara sekiranya berzikir tidak mengambil masa yang lama serta kadar bunyi pembesar suara yang baik dan tidak terlalu kuat. Selain itu Ahli Jawatankuasa Masjid perlu memainkan peranan penting bagi meninjau serta mendapat respon daripada jamaah dan penduduk disekitarnya. Adakah ia bersesuaian dengan keadaan dan situasi tempat. Al-Quran mengajar kita supaya bersederhana dalam membaca doa dan bersembahyang sehingga tidak mengganggu jiran-jiran. Ini seperti firman Allah SWT: وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذَٰلِكَ سَبِيلًا Maksudnya: Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu. Surah al-Isra’ (110) Sekali lagi kami nyatakan, fiqh meraikan antara masyarakat terutamanya umat Islam ketika menunaikan ibadat agar kesemua mereka merasa selesa tanpa sebarang gangguan adalah perkara yang amat dituntut untuk keharmonian masyarakat. Pada saat yang sama, mengikut apa yang diajar oleh Rasulullah SAW adalah amat dituntut dalam kehidupan ini.
chevron_left
Kembali