home
Laman Utama
content_paste
Fatwa Negeri Johor
Himpunan Fatwa Negeri Johor
Fatwa Mengikut Kategori
Fatwa Diwartakan
Fatwa Tidak Warta
assignment
Soal Jawab Agama
Himpunan Soal Jawab
Soal Jawab Mengikut Kategori
Maklum Balas Soal Jawab
Semakan Soal Jawab
explore
Permohonan Kiblat
chevron right
Permohonan Pengukuran Arah Kiblat
Semakan Permohonan Arah Kiblat
menu_book
Manual Pengguna
language
Website Jab Mufti
Toggle navigation
Detail Soal Jawab Agama
Soalan :
Assalamualaikum. Saya ada masalah dengan Bilal di masjid kampung saya di mana ketika solat berjemaah rukun qauli nya terlalu kuat terutama ketika membaca fatihah. Saya rasa begitu terganggu dah hilang kekhusyukan. Bolehkan saya solat berjemaah di masjid lain. Adakah saya berdosa jika saya berjemaah di masjid lain masjid kampung saya tak dapat medirikan solat jemaah kerana jemaah tidak cukup 2 orang. Terima kasih.
Tahun Dikeluarkan :
Kategori :
Jawapan :
Assalamualaikum WBT.. Terima kasih kerana mengemukakan soalan. Solat berjamaah lima waktu adalah satu tuntutan yang digalakkan dalam Islam. Tahniah kepada pihak tuan yang dapat melakukan ibadah solat secara berjamaah di masjid tuan. Soalan tuan, adakah boleh saya solat berjemaah di masjid lain? Adakah saya berdosa jika saya berjemaah di masjid lain masjid kampung saya tak dapat medirikan solat jemaah kerana jemaah tidak cukup 2 orang. Jawapan : Kita boleh berjamaah di mana-mana masjid atau surau yang berhampiran dengan tempat kediaman dan tidak menjadi satu kesalahan namun lebih afdal untuk kita berjamaah di masjid atau surau qariah kita. Disisi Mazhab Shafie hukum solat berjamaah mengikut pandangan yang muktamad ialah fardhu kifayah. Ia wajib dilakukan untuk menzahirkan Syiar Islam di dalam sebuah qariah atau kampung. (Rujuk : Minhajat-tolibin, 1/38) Berdasarkan pandangan tersebut Jika masjid atau surau tidak mencukupi bilangan berjamaah maka hukumnya fardhu kifayah kepada orang Islam di kampung tersebut untuk melaksanakan solat lima waktu secara berjamaah. Sekian, terima kasih. Wallahu 'Alam.
chevron_left
Kembali