home
Laman Utama
content_paste
Fatwa Negeri Johor
Himpunan Fatwa Negeri Johor
Fatwa Mengikut Kategori
Fatwa Diwartakan
Fatwa Tidak Warta
assignment
Soal Jawab Agama
Himpunan Soal Jawab
Soal Jawab Mengikut Kategori
Maklum Balas Soal Jawab
Semakan Soal Jawab
explore
Permohonan Kiblat
chevron right
Permohonan Pengukuran Arah Kiblat
Semakan Permohonan Arah Kiblat
menu_book
Manual Pengguna
language
Website Jab Mufti
Toggle navigation
Detail Soal Jawab Agama
Soalan :
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya, diawal haid, seringkali saya mendapatkan cairan berwarna kekuningan. Hal itu terus berlangsung sehari, dua sampai tiga hari. Setelah itu keluar darah. Apakah hari-hari sewaktu keluar cairan berwarna kekuningan termasuk haid atau bukan? Diakhir haid, setelah keluar cairan berwarna kekuningan. Apakah ini juga termasuk haid atau bukan?
Tahun Dikeluarkan :
Kategori :
Jawapan :
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين 2 Soalan yang diajukan di sini iaitu warna kekuningan yang berlaku sebelum keluar darah dan warna kekuningan di akhir haid. Jawapan Soalan pertama: Warna kekuningan sebelum keluarnya darah haid adalah dikira haid dengan syarat berikut: Keluar cecair kuning itu di dalam tempoh haid, Dipastikan mesti diselangi sebelum keluar kekuningan itu dengan 15 hari 15 malam waktu suci antara 2 haid. Keluarnya Mesti mencukupi 24 jam walaupun terputus-putus selama 15 hari 15 malam. Jawapan soalan kedua: cairan kuning yang di akhir haid adalah dikira darah haid dengan syarat tidak lebih 15 hari 15 malam haid itu keluar, jika lebih 15 hari 15 malam, maka dikira istihadah, wajib mandi hadas, dan solat serta ibadah lain. Untuk mengetahui seseorang itu telah suci dari haid perlu masukkan kapas ke dalam tempat keluar darah haid (Faraj), jika cairan pada kapas bewarna putih, maka dia telah suci dari haid atau nifas. Jika cairan pada kapas bewarna kuning, maka dia masih belum suci dari haid atau nifas. Ini sebagaimana hadis Riwayat Aisyah R.Anha dalam Sahih al-Bukhari (1/71) secara mu`allaq dan al-Muwatta’ (no.97): كَانَتْ النِّسَاءُ يَبْعَثْنَ إلَى عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا بِالدُّرْجَةِ فِيهَا الْكُرْسُفُ فِيهِ الصُّفْرَةُ مِنْ دَمِ الْحَيْضِ فَتَقُولُ لَا تَعْجَلْنَ حَتَّى تَرَيْنَ الْقَصَّةَ الْبَيْضَاءَ تُرِيدُ بِذَلِكَ الطُّهْرَ مِنْ الْحَيْضَةِ Maksudnya: Dahulu, para wanita datang menemui Aisyah R.Anha dengan menunjukkan kain yang berisi kapas (yakni yang dimasukkan ke dalam faraj) yang padanya ada kesan kekuningan (kesan darah haid) lalu Aisyah berkata kepada mereka, “Janganlah kamu tergesa-gesa (untuk mandi dan bersolat) sehinggalah kamu melihat warna cecair putih pada kapas yang menunjukkan suci daripada darah haid.” Sekian, terima kasih. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala berikan kefahaman kepada puan. والله أعلم بالصواب
chevron_left
Kembali