home
Laman Utama
content_paste
Fatwa Negeri Johor
Himpunan Fatwa Negeri Johor
Fatwa Mengikut Kategori
Fatwa Diwartakan
Fatwa Tidak Warta
assignment
Soal Jawab Agama
Himpunan Soal Jawab
Soal Jawab Mengikut Kategori
Maklum Balas Soal Jawab
Semakan Soal Jawab
explore
Permohonan Kiblat
chevron right
Permohonan Pengukuran Arah Kiblat
Semakan Permohonan Arah Kiblat
menu_book
Manual Pengguna
language
Website Jab Mufti
Toggle navigation
Detail Soal Jawab Agama
Soalan :
Assalamualaikum, Saya ada soalan berkenaan dengan cukur rambut bayi dan ditimbang mengikut nilaian emas/perak untuk disedekahkan. Saya mempunyai dua org anak: 1. Lahir pada tahun 2020 2. Lahir pada tahun 2022 Keduanya telah dicukur rambut ketika bayi tetapi belum ditimbang mengikut nilaian emas/perak kerana kekangan kewangan. Aqiqah telah dibuat utk keduanya pada tahun 2023. Soalan saya: 1. Bolehkah ibadah timbangan rambut bayi mengikut nilaian emas/perak utk kedua-dua anak dilaksanakan pada tahun 2024? 2. Jika boleh, nilaian timbangan rambut itu perlu mengikut nilaian terkini pada tahun 2024 atau mengikut kadar pada tahun kelahiran anak (2020 & 2022)? 3. Bolehkah nilaian tersebut disedekahkan kepada ahli keluarga (ibu-bapa atau adik beradik)? Sekian soalan saya. Terimakasih.
Tahun Dikeluarkan :
Kategori :
Jawapan :
Assalamualaikum WBT.. Amalan menimbang rambut bayi merupakan amalan sunat yang dianjurkan di dalam Islam, bukan hanya adat yang dilakukan oleh masyarakat kita. Ini berdasarkan hadith daripada Saidina Ali R.A, katanya, Rasulullah SAW mengaqiqahkan seekor kambing bagi al-Hasan dan bersabda: عَقَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْحَسَنِ بِشَاةٍ وَقَالَ: يَا فَاطِمَةُ احْلِقِى رَأْسَهُ وَتَصَدَّقِى بِزِنَةِ شَعْرِهِ فِضَّةً، قال: فَكَانَ وَزْنُهُ دِرْهَمًا أَوْ بَعْضَ دِرْهَمٍ Maksudnya: “Wahai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah perak mengikut berat rambut tersebut.” Ali berkata: “Fatimah pun menimbang rambut itu dan mendapati beratnya satu dirham atau setengah dirham.” Riwayat al-Tirmizi (1519), Al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (19776), dan Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf (5/529) Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (2/299), katanya: Sunat mencukur rambut anak lelaki dan perempuan selepas penyembelihan aqiqah pada hari yang ketujuh dan bersedekah emas atau perak mengikut berat rambut tersebut. Jawapan bagi persoalan : 1. Dalam persoalan kelewatan membayar nilaian emas/perak bagi rambut bayi tidak menjadi satu masalah atau kesalahan. Jika ibu bapa tidak mengetahui berat timbangan rambut maka ibu bapa perlu membuat anggaran pada kadar yang sesuai kerana ibadah ini adalah ibadah sunat. 2. Ibu bapa yang ingin membuat nilaian timbangan rambut perlu menilai dengan kadar emas semasa. 3. Sedekah hasil daripada timbangan rambut bayi pada dasarnya hendaklah diberikan kepada golongan fakir miskin. Namun jika ibu bapa atau adik beradik tergolong dari golongn fakir miskin maka boleh diberikan nilaian tersebut
chevron_left
Kembali