home
Laman Utama
content_paste
Fatwa Negeri Johor
Himpunan Fatwa Negeri Johor
Fatwa Mengikut Kategori
Fatwa Diwartakan
Fatwa Tidak Warta
assignment
Soal Jawab Agama
Himpunan Soal Jawab
Soal Jawab Mengikut Kategori
Maklum Balas Soal Jawab
Semakan Soal Jawab
explore
Permohonan Kiblat
chevron right
Permohonan Pengukuran Arah Kiblat
Semakan Permohonan Arah Kiblat
menu_book
Manual Pengguna
language
Website Jab Mufti
Toggle navigation
Detail Soal Jawab Agama
Soalan :
MASALAH SOLAT YANG DITINGGALKAN OLEH WANITA YANG BARU SUCI DARIPADA HAID KERANA HALANGAN Assalamualaikum YBhg. SS Dato' Mufti, Seorang muslimat bertugas sebagai seorang pakar perubatan di hospital. Hari dia suci daripada hadas ialah waktu pagi hari bekerja. Kebetulan waktu itu dia terlibat menjalankan pembedahan ke atas pesakit. Pembedahan yang mengambil masa berjam-jam menyebabkan dia terpaksa menangguh mandi wajibnya pada waktu Maghrib menyebabkan beberapa waktu solat terpaksa ditinggalkan. Mohon pandangan YBhg. Dato sekiranya terdapat sebarang rukhsah kepada beliau apabila berhadapan dengan situasi begini. Adakah dia berdosa?
Tahun Dikeluarkan :
Kategori :
Jawapan :
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ Solat fardu wajib ditunaikan dalam waktu yang telah ditetapkan. Ketetapan ini bersandarkan kepada firman Allah SWT: إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَّوْقُوتًا “Sesungguhnya solat itu adalah suatu kewajipan yang telah ditentukan waktunya ke atas orang-orang yang beriman.” (Surah al-Nisā’, ayat 103) Seperti yang kita tahu, wanita yang haid dan nifas tidak wajib untuk melakukan solat. Namun permasalahan berlaku apabila wanita tersebut suci daripada haid dan nifas, maka jika dia mempunyai baki waktu solat sepeti waktu Asar walaupun sekadar takbiratul ihram maka dia diwajibkan Asar pada waktu tersebut. Hal ini disebutkan oleh Syeikh Saʿīd Baʿsyan dalam Busyra Karim (m/s 180) (وإذا) زال مانع إيجاب الصلاة، كأن (بلغ الصبي) أو الصبية (أو أفاق المجنون أو) نحو (المغمى عليه أو أسلم الكافر أو طهرت الحائض أو النفساء قبل خروج الوقت ولو بتكبيرة) أي: بقدر زمن يسع تكبيرة (التحرم) فأكثر ( .. وجب القضاء) لصلاة ذلك الوقت إن لم يمكنه الأداء في الوقت أو الأداء إن أمكنه “Apabila hilang halangan yang menggugurkan kewajipan solat seperti seorang kanak-kanak lelaki atau perempuan yang mencapai umur baligh, orang gila yang kembali siuman, orang yang pengsan lalu sedar, seorang kafir yang memeluk Islam, atau wanita yang suci daripada haid atau nifas dan semua itu berlaku sebelum habis waktu solat, meskipun dalam tempoh yang sekadar mencukupi untuk melafazkan takbiratul ihram, maka wajiblah ke atasnya solat tersebut. Sekiranya dia masih sempat menunaikannya dalam waktu yang berbaki, maka solat itu hendaklah ditunaikan secara ada’ (dalam waktunya). Namun, jika tidak sempat ditunaikan, maka menjadi kewajipan ke atasnya untuk mengqada’ solat tersebut selepas keluarnya waktu.” Namun, apabila seorang doktor itu terpaksa menangguh mandi wajibnya pada waktu lain kerana keuzuran seperti menjalankan pembedahan ke atas pesakit maka dia wajib menggantikan solatnya dan dia tidaklah berdosa. Ini bersesuaian dengan kaedah fiqh yang muktabar: المشقة تجلب التيسير “Kesukaran itu mendatangkan kemudahan pada hukum.” Selain itu, tidak berdosa jika dia meninggalkan solat disebabkan menjalankan pembedahan apabila: 1. Doktor itu meninggalkan pesakitnya itu, maka tindakannya itu akan mengancam nyawa atau melambatkan kesembuhan pesakitnya itu. 2. Tiada pengganti. Sekiranya terdapat doktor atau ahli perubatan yang boleh menggantikan atau doktor tersebut boleh mengambil rehat sementara, maka doktor tersebut wajib mandi dan menunaikan solat dalam waktu tersebut. Moga Allah Taala sentiasa memberikan kelapangan dan memudahkan urusan para doktor dalam memelihara nyawa dan menjaga kesejahteraan masyarakat. والله أعلم
chevron_left
Kembali