home
Laman Utama
content_paste
Fatwa Negeri Johor
Himpunan Fatwa Negeri Johor
Fatwa Mengikut Kategori
Fatwa Diwartakan
Fatwa Tidak Warta
assignment
Soal Jawab Agama
Himpunan Soal Jawab
Soal Jawab Mengikut Kategori
Maklum Balas Soal Jawab
Semakan Soal Jawab
explore
Permohonan Kiblat
chevron right
Permohonan Pengukuran Arah Kiblat
Semakan Permohonan Arah Kiblat
menu_book
Manual Pengguna
language
Website Jab Mufti
Toggle navigation
Detail Soal Jawab Agama
Soalan :
Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera. Saya, Fakhruddin bin Sharil, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains (Pengkhususan Biologi), dari Universiti Malaya berhajat untuk mendapatkan pandangan daripada pihak Tuan berkenaan dengan Subjek Penulisan Ilmiah (SIX3001) yang saya sedang ikuti semester ini dibawah tajuk "Utilization of Insects and its derivative as food and feed resources - level of permissibility in Islam". Para Ulama' berselisih pendapat berkenaan dengan isu memakan serangga dan penggunaan produk makanan berasaskan serangga, contohnya seperti vitamin yang diperbuat daripada serangga dan banyak lagi contoh lainnya. Jadi saya ingin bertanya, apakah pendapat pihak Tuan berkenaan dengan hukum penggunaan serangga dalam bentuk makanan dan bagaimana pihak Tuan membuat penilaian status kebolehmakanan serangga dan produk berasaskan serangga ini? Apakah dalil atau rujukan yang diambil kira oleh pihak Tuan? Selain itu, terdapat soalan lain yang timbul berkaitan dengan ini isu ini: 1. Serangga kotor dan jijik seperti lipas haram dimakan. Jadi adakah bahan yang dihasilkan daripada serangga ini seperti 'chitin' yang dari segi saintifiknya terbukti memberi manfaat juga haram diambil? (Jika kita hanya mengambil bahan yang baik sahaja tanpa mengambil keseluruhan serangga tersebut). Apakah pendapat pihak Tuan berkenaan dengan ini dan bagaimana pihak Tuan membuat penilaian, beserta rujukan atau dalil yang diguna pakai? 2. Adakah terdapat sebarang hukum jika memberi binatang ternakan seperti ayam, lembu dan lain-lainnya memakan serangga? 3. Jika binatang ternakan seperti lembu diberi makan serangga yang kotor atau haram dimakan manusia, apakah hukum kita memakan daging lembu tersebut adakah boleh digunakan konsep istihalah dalam hal ini? 4. Serangga yang habitat asalnya adalah kotor tetapi sekarang diternak dan dikawal dalam persekitaran yang bersih dan diberi makan makanan yang bersih. Adakah boleh terjadinya perubahan hukum dari haram kepada harus/halal jika serangga tersebut dikonsumi oleh manusia dalam bentuk makanan? 5. Sekarang dengan kemajuan teknologi sains, serangga berbisa seperti kala jengking kita boleh mengubah genetiknya dan menghasilkan serangga baru yang tidak mempunyai bisa. Apakah pendapat pihak Tuan jika serangga ini digunakan dalam produk makanan atau suplemen? Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih dan mohon pencerahan bagi semua soalan saya ini. Sekian, Terima kasih.
Tahun Dikeluarkan :
Kategori :
Jawapan :
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُه Terima kasih saudara atas soalan yang dikemukakan. Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 172 : يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُلُوا۟ مِن طَيِّبَـٰتِ مَا رَزَقْنَـٰكُمْ وَٱشْكُرُوا۟ لِلَّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ ١٧٢ “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah daripada rezeki yang baik-baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah jika benar kamu hanya menyembah-Nya.”Allah Taala berfirman juga dalam Surah Al-A’raf, ayat 157: وَیُحِلُّ لَهُمُ ٱلطَّیِّبَـٰتِ وَیُحَرِّمُ عَلَیۡهِمُ ٱلۡخَبَـٰۤىِٕثَ "Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk" Dalam hadis menyebutkan: أُحِلَّتْ لَنَا مَيْتَتَانِ الْحُوتُ وَالْجَرَادُ Maksudnya: “Dihalalkan bagi kita dua jenis bangkai: ikan dan belalang.” (Sunan Ibn Majah: Hadis 3218) Berdasarkan dalil Al-Quran dan hadis, Hukum asal bagi semua makanan dan minuman ialah halal selagi mana tiada dalil yang mengharamkannya. Garis panduan tentang pengharaman makanan ialah berdasarkan dalil pengharaman makanan tersebut seperti babi, bangkai, binatang yang disembelih tanpa menyebut nama Allah, sesuatu yang khabais (jijik dan kotor), atau sesuatu yang memudaratkan. Prinsip ini bertepatan dengan kaedah fekah, “"لا ضرر ولاضرار, Oleh itu, apa sahaja makanan yang tidak disebut dalam dalil sebagai haram, bukan tergolong dalam kategori najis atau khabais, dan tidak memudaratkan, adalah harus dimakan. Berkata Imam Juwaini di dalam kitabnya “Nihayatul Matlab” : ولا يخفى على المنصف أن الحشرات والقاذورات ليست من الطيبات التي أحلها الله، وتخيّرها لمطاعم عباده تكريمًا لهم “serangga dan perkara-perkara kotor bukan termasuk dalam kategori makanan yang baik (thayyibat) yang dihalalkan Allah, dan dipilih untuk umat-Nya (makanan yang baik) sebagai penghormatan kepada mereka.” Berhubung dengan masalah menjadikan serangga sebagai makanan atau suplemen, Jumhur Fuqaha mengharamkan makan serangga kerana ia dari kelompok khabais (jijik dan kotor) dan juga terdapat anjuran membunuh beberapa kelompok hasyarat tersebut. Binatang-binatang yang haram dimakan ini boleh dimakan sekiranya dalam keadaan darurat. Menjadikan serangga sebagai bahan dalam makanan hukumnya haram kecuali darurat iaitu tidak ada alternatif lain selain dari bahan tersebut dan pengunaannya seminima mungkin dengan mengikut kaedah feqah ”الضرورة تقدر بقدرها” yang bermaksud darurat itu ditentukan dengan qadarnya sahaja. Mengambil sekadar keperluan sahaja. Seterusnya berkaitan hukum memberi binatang ternakan seperti ayam dan lembu memakan serangga, dan hukum kita makan ayam dan lembu yang diberi makan serangga tersebut, hukumnya harus. والله أعلم بالصواب
chevron_left
Kembali