home
Laman Utama
content_paste
Fatwa Negeri Johor
Himpunan Fatwa Negeri Johor
Fatwa Mengikut Kategori
Fatwa Diwartakan
Fatwa Tidak Warta
assignment
Soal Jawab Agama
Himpunan Soal Jawab
Soal Jawab Mengikut Kategori
Maklum Balas Soal Jawab
Semakan Soal Jawab
explore
Permohonan Kiblat
chevron right
Permohonan Pengukuran Arah Kiblat
Semakan Permohonan Arah Kiblat
menu_book
Manual Pengguna
language
Website Jab Mufti
Toggle navigation
Detail Soal Jawab Agama
Soalan :
Assalamualaikum.. Saya merupakan seorang penilai hartanah, tugas seorang penilai hartanah adalah menentukan harga bagi sesebuah hartanah sama ada dalam bentuk rumah, kilang, mahupun shoping kompleks, selain itu tugas penilai hartanah juga adalah menyediakan laporan penilaian bagi pihak bank/pemohon pinjaman bank. Soalannya adalah adakah saya termasuk dalam 4 golongan terlibat riba' iaitu peminjam, pemberi pinjam, saksi dan pencatat pinjaman. Selain itu, adakah ejen hartanah juga termasuk dalam golongan 4 golongan tadi kerana ia terlibat secara langsung dalam menguruskan pinjaman bagi pihak bagi pihak pinjaman bank. Terima kasih.
Tahun Dikeluarkan :
Kategori :
Jawapan :
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه Merujuk pada soalan encik, pinjaman bank yang dimaksudkan adalah pinjaman konvensional Penilaian hartanah biasanya dilakukan selepas mendapat kelulusan pinjaman, hal ini secara tidak langsung kita bekerjasama dengan pihak bank sepanjang proses pinjaman. Maka perbuatan ini juga dikira bersubahat dalam riba, termasuklah ejen hartanah yang mengesyorkan khidmat pinjaman konvensional. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- آكِلَ الرِّبَا وَمُوكِلَهُ وَكَاتِبَهُ وَشَاهِدَيْهِ وَقَالَ هُمْ سَوَاءٌ Rasulullah SAW melaknat pemakan riba, orang yang mewakilkannya, penulisnya dan dua saksinya. Baginda berkata, “mereka semuanya sama” (dilaknat)” Oleh itu, wajib kita menjauhkan diri daripada menggunakan serta mengesyorkan pinjaman konvensional. والله تعالى أعلم بالصواب.
chevron_left
Kembali