home
Laman Utama
content_paste
Fatwa Negeri Johor
Himpunan Fatwa Negeri Johor
Fatwa Mengikut Kategori
Fatwa Diwartakan
Fatwa Tidak Warta
assignment
Soal Jawab Agama
Himpunan Soal Jawab
Soal Jawab Mengikut Kategori
Maklum Balas Soal Jawab
Semakan Soal Jawab
explore
Permohonan Kiblat
chevron right
Permohonan Pengukuran Arah Kiblat
Semakan Permohonan Arah Kiblat
menu_book
Manual Pengguna
language
Website Jab Mufti
Toggle navigation
Detail Soal Jawab Agama
Soalan :
Assalamualaikum dan terima kasih Ustaz/ustazah. Soalan saya. Apakah hukum bagi ibu yang menyusukan anak yang berniat untuk puasa qadha ganti tetapi tidak bangun sahur dan apabila bangun dari tidur , berniat untuk membatalkan niat puasa qadha kerana risau akan kemudaratan diri( lemah dan tidak bertenaga) akibat tidak bersahur. Adakah di kira berdosa besar mengikut hukum orang yang sengaja meninggalkan puasa qadha dengan sengaja atau di beri keringanan(rukhsah) seperti mana hukum ibu hamil/ibu yang menyusukan anak semasa bulan ramdhan. Terima kasih
Tahun Dikeluarkan :
Kategori :
Jawapan :
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين Secara asalnya, hukum membatalkan puasa ganti (qada’) dengan sengaja adalah haram. Hal ini disebutkan oleh Imam Baijuri dalam Hasyiah Baijuri (2/409), kata beliau: واعلم أن الفرض يحرم قطعه صوما أو كان غيره “Dan ketahuilah bahawa amalan fardu haram diputuskan, sama ada ia puasa atau selainnya.” Maka seseorang yang memutuskan dengan sengaja mestilah mengantikan puasanya dalam keadaan segera. Imam Taqiyuddin Al-Hisni menukilkan pandangan Imam Syafie dari kitab beliau, Al-Umm bahawa seseorang itu mestilah sempurnakan perkara wajib apabila dia sudah melaksanakannya dan tidak boleh keluar atau memutuskan perbuatan tersebut tanpa uzur. Kata beliau dalam Kifayatul Akhyar (m/s 207): وَمن شرع فِي صَوْم الْقَضَاء فَإِن كَانَ على الْفَوْر لم يجز الْخُرُوج مِنْهُ وَإِن كَانَ على التَّرَاخِي فَالصَّحِيح وَنَصّ الشَّافِعِي فِي الْأُم أَنه لَا يجوز لِأَنَّهُ تلبس بِفَرْض وَلَا عذر فَلَزِمَهُ إِتْمَامه كَمَا لَو شرع فِي الصَّلَاة فِي أول الْوَقْت لَا يجوز لَهُ قطعهَا “Dan sesiapa yang telah memulakan puasa ganti (qada’), maka jika gantinya itu wajib dilakukan dengan segera, tidak dibenarkan keluar daripadanya (membatalkannya). Dan jika qada’ itu boleh ditangguhkan, maka menurut pendapat yang sahih serta nas Imam al-Syafi‘i dalam al-Umm, tetap tidak dibenarkan (membatalkannya), kerana dia telah terikat dengan suatu kewajipan tanpa sebarang keuzuran, maka wajib ke atasnya menyempurnakannya, sebagaimana seseorang yang memulakan solat pada awal waktu, tidak dibenarkan baginya memutuskan solat tersebut.” Namun jika seseorang itu membatalkan puasanya disebabkan keuzuran seperti risau dengan kesihatan dirinya disebabkan hamil, hukumya harus jika dia ingin membatalkan puasanya kerana perkara tersebut. Kata Imam Nawawi dalam Minhajul Thalibin (m/s 77) “Dan apabila orang yang bermusafir dan orang sakit berbuka (tidak berpuasa), maka harus bagi kedua-duanya menggantikan (qada’). Demikian juga perempuan haid, orang yang berbuka tanpa uzur, dan orang yang meninggalkan niat.” Para ulama menyatakan, keharusan bagi seseorang yang musafir atau orang yang sakit untuk membatalkan puasanya berdasarkan surah Al-Baqarah, ayat 175: وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ “Barangsiapa yang sakit atau dalam musafir, maka (hendaklah dia berpuasa) pada hari-hari yang lain sebagai ganti.” Oleh itu, puasa ganti Ramadan adalah fardu ain, maka tidak boleh memutuskannya atau membatalkan secara sengaja dan seseorang itu mestilah menyelesaikannya sehingga sempurna. Adapun jika seseorang itu mempunyai keuzuran seperti sakit, bermusafir, haid atau hamil, maka dibolehkan untuk memutuskan puasa tersebut dan ini bertepatan dengan kaedah fiqh: المشقة تجلب التيسير "Kesukaran membawa kepada kemudahan" والله أعلم
chevron_left
Kembali