home
Laman Utama
content_paste
Fatwa Negeri Johor
Himpunan Fatwa Negeri Johor
Fatwa Mengikut Kategori
Fatwa Diwartakan
Fatwa Tidak Warta
assignment
Soal Jawab Agama
Himpunan Soal Jawab
Soal Jawab Mengikut Kategori
Maklum Balas Soal Jawab
Semakan Soal Jawab
explore
Permohonan Kiblat
chevron right
Permohonan Pengukuran Arah Kiblat
Semakan Permohonan Arah Kiblat
menu_book
Manual Pengguna
language
Website Jab Mufti
Toggle navigation
Detail Soal Jawab Agama
Soalan :
Assalamualaikum Saya ingin bertanya. Adakah sah wuduk saya apabila saya tidak melafazkan niat dalam hati. Pada masa dahulu, saya hanya membasuh muka tetapi telah menetapkan bahawa basuhan muka itu adalah wuduk bukan basuhan biasa. Adakah telah hadir niat sebenarnya yang menjadi rukun wuduk. Adakah sah wuduk tersebut. Jikalau tidak sah adakah saya perlu mengulangi solat-solat terdahulu. Saya jahil dahulu. Mohon pencerahan. Terima kasih
Tahun Dikeluarkan :
Kategori :
Jawapan :
سم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين Dalam kitab Minhaj Thalibin, Imam Nawawi menyatakan bahawa niat merupakan rukun yang pertama dalam rukun wuduk. Maksud niat adalah: قصد الشىء مقترنا بالفعل “Maksud (niat) untuk melakukan sesuatu yang disertakan bersama perbuatan.” Dalam Mazhab Syafie telah menjelaskan bahawa tempat niat adalah di dalam hati, dan waktu pelaksanaannya mestilah seiring dengan permulaan basuhan muka. Oleh itu, tidak memadai sama sekali niat itu disertakan dengan anggota yang dibasuh selepas muka, kerana bahagian awal yang wajib dibasuh (iaitu muka) tidak disertai dengan niat wuduk. (Rujukan: Mughni Muhtaj 1/171) Berdasarkan soalan yang diberikan, jika seseorang itu tidak menghadirkan niatnya ketika permulaan basuhan muka, walaupun tidak berniat dengan lafaz niat wuduk yang diketahui secara umum: a) “Sahaja aku mengambil wuduk kerana Allah Taala” b) “Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala” Seperti dia berniat: a) “Aku nak angkat hadas kecil” b) “Aku nak buat fardu wuduk” Maka wuduknya tidak sah kerana dia tidak melakukan niat yang merupakan rukun solat. Kesimpulannya, wuduk tanpa niat ketika permulaan basuhan muka tidak sah disisi mazhab Syafie kerana ketiadaan rukun dalam wuduk, dan jika seseorang itu solat dalam keadaan solatnya tidak sah, maka dia wajib ulang solatnya semula. Kami menasihatkan agar mencari kelas-kelas ilmu fardu ain dan memahami cara wuduk dalam solat dalam keadaan yang sempurna agar kita tidak melakukan kesilapan atau jahil terhadap ilmu ini serta konsisten dalam mengamalkan mazhab Syafie yang menjadi mazhab yang konsisten di negara kita tanpa menafikan perbezaan mazhab lain. Kaedah mengatakan: الخروج من الخلاف مستحب “Keluar dari khilaf itu adalah sesuatu yang dituntut.”
chevron_left
Kembali