home
Laman Utama
content_paste
Fatwa Negeri Johor
Himpunan Fatwa Negeri Johor
Fatwa Mengikut Kategori
Fatwa Diwartakan
Fatwa Tidak Warta
assignment
Soal Jawab Agama
Himpunan Soal Jawab
Soal Jawab Mengikut Kategori
Maklum Balas Soal Jawab
Semakan Soal Jawab
explore
Permohonan Kiblat
chevron right
Permohonan Pengukuran Arah Kiblat
Semakan Permohonan Arah Kiblat
menu_book
Manual Pengguna
language
Website Jab Mufti
Toggle navigation
Detail Soal Jawab Agama
Soalan :
Assalamualaikum w.b.t Saya ingin bertanya tentang hukum jual beli emas dengan pemilik kedai emas bukan muslim. Sekiranya jual beli itu dilakukan dengan penerangan yang telus dan terang tentang harga jualan kepada pembeli Islam, adakah ia tetap dikira bertentangan dengan konsep bermuamalat di dalam Islam?
Tahun Dikeluarkan :
Kategori :
Jawapan :
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين Dalam Islam, Allah Taala mengharuskan jual beli selagi ia disertai dengan rukun dan syarat-syarat yang sah, agar transaksi tersebut menepati syarak. Firman Allah Ta‘ala dalam surah Al-Baqarah, ayat 275: وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلۡبَيۡعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰاْۚ “Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba” Pada masa yang sama, Islam juga tidak melarang berurusan dengan orang bukan Islam selagi transaksi tersebut tidak mengandungi unsur yang bertentangan syarak, seperti: 1.Riba 2.Gharar (ketidakjelasan) 3. Maysir (perjudian) 4. Penipuan atau penyelewengan Nabi Muhammad ﷺ pernah berinteraksi secara muamalat dengan bukan Islam, tetapi menjaga prinsip keadilan dan bebas riba, gharar atau penipuan. Hal ini direkodkan oleh Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari (hadis ke-2068), diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah, beliau berkata: أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا مِنْ يَهُودِيٍّ إِلَى أَجَلٍ، وَرَهَنَهُ دِرْعًا مِنْ حَدِيدٍ “Bahawasanya Nabi ﷺ telah membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan syarat tempoh tertentu dan beliau menggadaikannya dengan dengan baju perisai daripada besi.” Kaedah Fiqh menyatakan: الأصل في العقود والشروط الجواز والصحة Berdasarkan kaedah fiqh di atas, kita dapat memahami, menyatakan bahawa asal bagi suatu transaksi dan syarat-syaratnya itu adalah harus dan sah selagi tidak bertentang syarak. Oleh itu, jual beli emas dengan orang bukan Islam adalah sah jika dilakukan dengan cara yang jelas dan terang dilakukan tanpa unsur riba dan penipuan. Antara perkara yang menjadikan jual beli emas mengandungi unsur riba: 1.Tiada kesamarataan (tamāthul). Ketiadaan kesamarataan itu berlaku juga transaksi emas itu ditukar dengan emas juga. 2.Tiada penyerahan barang dan harga berlaku (taqābul). 3.Tidak dilakukan secara segera (hulūl). والله أعلم
chevron_left
Kembali