home
Laman Utama
content_paste
Fatwa Negeri Johor
Himpunan Fatwa Negeri Johor
Fatwa Mengikut Kategori
Fatwa Diwartakan
Fatwa Tidak Warta
assignment
Soal Jawab Agama
Himpunan Soal Jawab
Soal Jawab Mengikut Kategori
Maklum Balas Soal Jawab
Semakan Soal Jawab
explore
Permohonan Kiblat
chevron right
Permohonan Pengukuran Arah Kiblat
Semakan Permohonan Arah Kiblat
menu_book
Manual Pengguna
language
Website Jab Mufti
Toggle navigation
Detail Soal Jawab Agama
Soalan :
Assalamualaikum wbt.. Maaf terlebih dahulu kalau cara saya bertanya ini salah tatacaranya. Tuan Mufti, isteri saya buat tuntutan fasakh di Mahkamah Rendah Syariah di Kluang disebabkan saya tidak memberikan nafkah. Dia sudah lantik peguam dan kalau tidak salah 29 hb ini akan berlaku fasakh kata isteri saya. Untuk pengetahuan Tuan Mufti saya bekerja sebagai broker tanah. Ada yang jadi dan tidak. Tetapi semenjak saya disihir (sihir pemisah dan sihir pemusnah) semua kerja tidak menjadi, ada sahaja seribu satu musibah walaupun saya buat dengan ikhlas kerana Allah. Saya tidak salahkan apa yg Allah sudah berikan. Malah saya buat macam-macam kerja tetapi memanjang masalah dan musibah. Tambahan pula sihir itu melalui makanan. Saya sudah kenal pasti sumber cuma tidak boleh tahu siapa dalangnya. Sebab setiap kali balik dari situ (rumah keluarga) mula seribu satu musibah. Bila suruh isteri jangan ke sana atau saya buat helah mengelak, macam biasa khutbah bukan Jumaat berjam-jam. Saya tidak cerita semua disini cuma saya hendak tanya sah atau tidak tuntutan fasakh bila ada sihir terlibat dan bila orang ketiga masuk campur untuk bercerai. (Pendirian saya susah macam mana pun jangan bercerai, biar cerai mati bukan hidup.) Mohammad Faizal Abdul Rahim
Tahun Dikeluarkan :
Kategori :
Jawapan :
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين Terima kasih diucapkan kepada tuan atas soalan yang diberikan. Perceraian secara fasakh adalah memutuskan ikatan perkahwinan antara suami dan isteri oleh sesuatu perkara yang diharuskan oleh hukum Syarak melalui hakim di mahkamah syariah. Fasakh dan talak adalah berbeza. Talak merupakan hak mutlak suami manakala fasakh adalah tuntutan penceraian kepada mahkamah dan hakim yang akan memutuskan penceraian pernikahan tersebut. Tuntuan fasakh yang dikemukakan oleh isteri tuan ialah berkaitan nafkah. Nafkah adalah kewajipan dan tanggungjawab suami yang wajib diberi kepada isteri dan isteri boleh tertalaq setelah membuat tuntutan fasakh sekiranya suami tidak memberikan nafkah kepada isteri selama empat bulan hijrah berturut-turut. Suami wajib memberi nafkah kepada isteri walaupun isteri ada harta atau pendapatan sendiri. Mahkamah boleh mensabitkan hukum sekiranya terbukti suami tidak memberi nafkah selama tempoh tersebut dan alasan sihir tidak akan diterima di mahkamah mahupun syarak kerana sihir sukar dibuktikan secara saintifik tetapi mahkamah akan menilai tuntutan tersebut melalui keterangan saksi dan bukti lain yang lebih konkrit. Suami dan isteri perlu berbincang secara harmoni agar pengurusan nafkah dapat disalurkan dengan sempurna dan menepati tuntutan syarak. والله أعلم بالصواب.
chevron_left
Kembali