home
Laman Utama
content_paste
Fatwa Negeri Johor
Himpunan Fatwa Negeri Johor
Fatwa Mengikut Kategori
Fatwa Diwartakan
Fatwa Tidak Warta
assignment
Soal Jawab Agama
Himpunan Soal Jawab
Soal Jawab Mengikut Kategori
Maklum Balas Soal Jawab
Semakan Soal Jawab
explore
Permohonan Kiblat
chevron right
Permohonan Pengukuran Arah Kiblat
Semakan Permohonan Arah Kiblat
menu_book
Manual Pengguna
language
Website Jab Mufti
Toggle navigation
Detail Soal Jawab Agama
Soalan :
I. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep ṭayyib dalam pemakanan mengikut perspektif syarak? II. Adakah pemilihan pemakanan yang berstatus ṭayyib dianggap sebagai satu prasyarat atau hanya dianggap sebagai nilai tambah di dalam Islam? III. Apakah minimum kriteria ṭayyib yang perlu dipenuhi dalam setiap pemakanan mengikut perspektif syarak?
Tahun Dikeluarkan :
Kategori :
Jawapan :
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين 1. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep ṭayyib dalam pemakanan mengikut perspektif syarak? Islam amat menekankan aspek kebersihan dan kebaikan dalam pemakanan sebagai langkah penting dalam memelihara Maqasid Syariah, demi memastikan kesejahteraan jasmani, rohani dan akal dalam kehidupan seorang Muslim terpelihara secara menyeluruh. Allah Taala berfirman: يا أَيُّهَا النّاسُ كُلُوا مِمّا فِي الْأَرْضِ حَلالاً طَيِّباً “Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik.”[1] Terdapat beberapa tafsiran tentang ṭayyiban yang teliti dan jelas dalam menerangkan konsep lafaz ayat tersebut dalam pemakanan mengikut perspektif syarak: a)Imam Syafie: makanan yang baik lagi menyenangkan (sedap dinikmati).[2] b)Imam Ibn Kathir: makanan yang enak pada zatnya, serta tidak memudaratkan tubuh badan dan juga akal.[3] c)Dr Wahbah Zuhaili: Tiada ada syubhah pada makanan itu, tidak berdosa jika makan dan makanan tersebut tidak berkait dengan hak orang lain.[4] Berdasarkan tafsiran diatas, kita dapat memahami secara jelas bahawa konsep ṭayyiban dalam pemakanan bermaksud makanan yang diambil mestilah baik, bersih, selamat dan tidak memudaratkan kesihatan serta makanan itu tidak mempunyai syubhah dan tidak berkait dengan hak milik orang lain. 2. Adakah pemilihan pemakanan yang berstatus ṭayyib dianggap sebagai satu prasyarat atau hanya dianggap sebagai nilai tambah dalam islam? Perbahasan mengenai pemilihan makanan yang berstatus ṭayyib dalam Islam perlu dilihat dari sudut konsep halal dan nilai tambah kesempurnaan syariat. Pertama: Halal merupakan prasyarat asas dalam pemakanan umat Islam. Sesuatu makanan tidak boleh dimakan sekiranya ia tidak menepati hukum syarak, sama ada kerana berasal daripada sumber yang diharamkan atau kerana cara mendapatkannya melibatkan unsur yang tidak sah menurut Islam. Kedua: Konsep ṭayyib merujuk kepada makanan yang baik, bersih, selamat, tidak memudaratkan kesihatan, dan bebas daripada unsur yang boleh menjejaskan akhlak serta rohani. Dari sudut Maqasid Syariah, tuntutan ṭayyib berkait rapat dengan pemeliharaan jiwa (ḥifẓ al-nafs) dan akal (ḥifẓ al-‘aql), kerana makanan yang tidak baik berpotensi merosakkan kesihatan tubuh dan kewarasan fikiran. Ketiga: Terdapat perbezaan dari segi kedudukan hukum antara halal dan ṭayyib. Halal adalah syarat sah dalam pemakanan dan merupakan tuntutan asas yang tidak boleh diketepikan dalam apa jua keadaan kecuali darurat. Manakala ṭayyib pula merupakan satu tuntutan kesempurnaan yang menambah keberkatan, kualiti, dan maslahat kepada pemakanan seorang Muslim. Namun demikian, dalam keadaan biasa, pemilihan makanan yang ṭayyib adalah sebahagian daripada perintah syarak, bukan sekadar nilai tambahan semata-mata. Sebagai penutup, Pematuhan terhadap kedua-dua prinsip ini bukan sahaja memastikan pemakanan yang sah menurut syarak, bahkan turut mengukuhkan matlamat syariat Islam dalam menjaga agama, nyawa, dan kesejahteraan manusia. 3. Apakah minimun kriteria ṭayyib yang perlu dipenuhi dalam setiap pemakanan mengikut perspektif syarak? Antara minium kriteria tayyib yang perlu dipenuhi dalam setiap pemakanan mengikut perspektif syarak: 1) Memastikan sumber bahan mentah/ramuan adalah halal dan selamat. Bahan mentah/ramuan yang berasaskan haiwan hendaklah mempunyai sijil halal yang sah. Sumber bahan mentah berunsurkan haiwan yang diimport hendaklah dipastikan dari loji yang diiktiraf JAKIM dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). Bahan mentah yang tidak mempunyai sijil halal hendaklah disertakan dengan spesifikasi yang lengkap (mengandungi komposisi bahan, carta alir dan sumber bahan mentah). Senarai bahan mentah, bahan bantuan pemprosesan (processing aid) dan produk/ menu mestilah dinyatakan secara terperinci dalam borang permohonan. Senarai bahan mentah/ ramuan yang tidak halal tidak dibenarkan disimpan di dalam premis. 2) Pembungkusan dan pelabelan Label pembungkusan hendaklah mengandungi maklumat-maklumat mengikut peraturan, akta dan standard berkaitan. Setiap label pembungkusan hendaklah dicetak dengan terang dan jelas serta tidak mudah dipadamkan. Antaranya ialah: Nama produk Logo Halal Malaysia beserta nombor Malaysian Standard (MS) dan nombor rujukan fail. Kandungan bersih dinyatakan dalam sukatan metric (unit SI). Senarai kandungan. Nombor kod menunjukkan tarikh dan/atau nombor kelompok pengeluaran dan tarikh luput. Negara asal produk. Pelabelan dan pengiklanan hendaklah tidak melanggar prinsip-prinsip hukum syarak serta tidak menonjolkan unsur-unsur tidak sopan yang bertentangan dengan hukum syarak. Logo halal Malaysia tidak boleh digunakan pada produk yang dipromosikan sempana perayaan agama bukan Islam atau bersama dengan lambang agama bukan Islam. Nama produk tidak menggunakan perkataan Halal dan nama-nama berunsurkankeagamaan dan ketuhanan. Bahan pembungkusan hendaklah tidak diperbuat daripada bahan yang dikategorikan sebagal najis. 3) Pemprosesan Produk yang dipohon hendaklah dihasilkan secara konsisten serta mempunyai rekod pengeluaran yang dikemaskini. Semasa penyediaan, pengendalian, pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan atau pemindahan produk hendaklah menepati kehendak dan keperluan hukum syarak dan hendaklah dalam keadaan bersih dan mengikut amalan pengilangan yang baik (GMP) / Amalan Kebersihan Yang Baik (GHP). Tiada percampuran antara bahan mentah / produk dengan bahan / unsur tidak halal atau diragui status halal. Pengangkutan yang digunakan hendaklah untuk produk halal sahaja. Penggunaan peralatan/ berus daripada bulu haiwan tidak dibenarkan. 4) Premis Makanan Peralatan yang digunakan hendaklah bebas daripada najis, tidak mempunyai sebarang bahan mudarat dan memberi kesan sampingan terhadap prosuk yang dikeluarkan. Peralatan/berus daripada bulu halwan tidak dibenarkan. Susun atur peralatan dan barangan di premis hendaklah kemas dan rapi serta selamat. Pekerja tidak dibenarkan tinggal di dalam kawasan premis. Sekiranya perlu, tempat tinggal pekerja hendaklah: mempunyai laluan masuk yang berasingan ke kawasan premis. tiada laluan terus daripada tempat tinggal pekerja ke kawasan premis. mempunyai mekanisme pengawalan keluar masuk pekerja Makanan/ minuman yang tidak halal tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam kawasan premis. Premis hendaklah mempunyai sistem pengawalan yang berkesan daripada premis yang memproses/ menyediakan bahan tidak halal. Semua outlet bagi restoran berangkai/ francais/ medan selera (food court) hendaklah memohon sijil halal. Arak dan ramuan berunsur arak tidak dibenarkan sama sekali berada di kawasan dapur dan restoran halal. 5) Kilang Kawasan kilang hendaklah berpagar atau mempunyai mekanisme pengawalan bagi mencegah haiwan peliharaan atau liar daripada memasuki atau berada di dalam kawasan kilang tersebut. Peralatan yang digunakan hendaklah bebas daripada najis tidak mempunyai sebarang bahan mudarat dan memberi kesan sampingan terhadap produk yang dikeluarkan. Susun atur peralatan dan barangan di dalam kilang hendaklah kemas dan rapi serta selamat semasa menjalankan kerja- kerja pengeluaran produk. Pekerja tidak dibenarkan tinggal di dalam kawasan kilang. Sekiranya perlu, tempat tinggal pekerja hendaklah: Di bangunan berasingan. Jika bangunan yang sama, hendaklah mempunyai laluan. Tiada laluan terus daripada tempat tinggal pekerja ke kawasan pemprosesan. Mempunyai mekanisme pengawalan keluar masuk pekerja. 6) Pekerja Pekerja hendaklah mengamalkan kod etika pekerja dan amalan kebersihan yang baik (Good Hygiene Practices) seperti yang termaktub di dalam Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan peraturan-peraturan lain yang berkaitan. Pekerja hendaklah berpakaian sopan dan bersesuaian. 7) Sistem Sanitasi Persekitaran Persekitaran hendaklah bersih dan pembersihannya mengikut jadual sanitasi yang teratur dan bebas daripada pencemaran. Peralatan: Peralatan yang digunakan mestilah suci dan bersih. Peralatan, perkakas mesin dan bahan batuan pemprosesan yang pernah digunakan atau bersentuhan dengan najis mughallazah hendaklah disertu. Peralatan/berus daripada bulu haiwan tidak dibenarkan. Kawalan / Makhluk Perosak (Pest Control): Pemohon mesti mempunyai rekod sistem kawalan makhluk perosak secara berkala samada secara sendiri atau kontrak luar. 8) Rekod Halal Pemohon hendaklah menyediakan fail khas yang mengandungi dokumen-dokumen berkaitan dan boleh dirujuk apabila pemeriksaan dijalankan. 9) Kemudahan dan Kebajikan Pekerja - Ruang solat yang bersesuaian untuk pekerja muslim. - Kebenaran menunaikan solat fardhu dan solat jumaat. - Bilik persalinan. - Ruang makan, 10) Latihan Pihak pengurusan hendaklah memastikan setiap pekerja menerima latihan berkaitan halal. 11) Penyeliaan dan Pemantauan. Pihak pengurusan hendaklah memastikan penyeliaan dan pemantauan daripada aspek Sistem Jaminan Halal direkod dengan baik dengan merujuk kepada Garis Panduan Sistem Jaminan Halal Malaysia 2011 12) Alat dan Unsur penyembahan Alat dan unsur penyembahan tidak dibenarkan berada di kawasan pemprosesan bermula dari kawasan penerimaan bahan mentah sehingga produk siap, kawasan penyimpanan dan tempat penyajian. 13) Pengilangan Kontrak/ Original Equipment Manufacturing (OEM) Bagi permohonan pengilangan kontrak (OEM) hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut: Pemilik Produk/Jenama/Empunya Hak Mengilang hendaklah: Memastikan produk dikilangkan di kilang mempunyai sijil halal. Memohon sijil halal bagi semua kilang yang mengeluarkan produk yang sama. Pengilang hendaklah: Merupakan pemegang sijil halal Malaysia. Memastikan pemilik produk/jenama/empunya hak mengilang memohon pensijilan halal.[5] [1] Surah al-Baqarah: 168 [2] Rujuk: Tafsir Qurtubi (2/207) [3] Rujuk: Tafsir Ibn Kathir (1/347) [4] Tafsir Munir (2/73) [5] Rujukan: Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Perak. والله أعلم
chevron_left
Kembali