home
Laman Utama
content_paste
Fatwa Negeri Johor
Himpunan Fatwa Negeri Johor
Fatwa Mengikut Kategori
Fatwa Diwartakan
Fatwa Tidak Warta
assignment
Soal Jawab Agama
Himpunan Soal Jawab
Soal Jawab Mengikut Kategori
Maklum Balas Soal Jawab
Semakan Soal Jawab
explore
Permohonan Kiblat
chevron right
Permohonan Pengukuran Arah Kiblat
Semakan Permohonan Arah Kiblat
menu_book
Manual Pengguna
language
Website Jab Mufti
Toggle navigation
Detail Soal Jawab Agama
Soalan :
Assalamualaikum tuan mufti dan ahli jabatan mufti Soalan : Dalam persoalan ini ada seorang bapa mertua pernah bermain nombor ekor dan memenangi dalam cabutan nombor ekor tersebut. Jikalau dia munggunakan duit tersebut untuk memulakan perniagaan ( sebahagian daripada modal )dan kemudian menggunakan keuntungan daripada perniagaan tersebut untuk memberi/belanja makan, apakah hukum mengambilnya? Atau memakan daripada sumber yang seperti itu? Mohon pencerahan tuan mufti Sekian terima kasih
Tahun Dikeluarkan :
Kategori :
Jawapan :
Assalamualaikum WBT.. Wang yang diperoleh daripada hasil perjudian termasuk nombor ekor adalah haram dan dianggap sebagai sumber harta yang haram. Perjudian termasuk dalam larangan jelas dalam al-Qur'an, seperti dalam firman Allah Ta‘ala: يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِنَّمَا ٱلْخَمْرُ وَٱلْمَيْسِرُ وَٱلْأَنصَابُ وَٱلْأَزْلَـٰمُ رِجْسٌۭ مِّنْ عَمَلِ ٱلشَّيْطَـٰنِ فَٱجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ “Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, syaitan. Maka jauhilah ia supaya kamu berjaya.” (Surah al-Ma'idah: 90) Wang yang datang daripada sumber yang haram, hukumnya tetap haram untuk digunakan dalam apa jua tujuan. Sekalipun digunakan untuk sesuatu yang bermanfaat seperti membaiki kereta, membayar hutang atau memberi makan kepada orang lain, hukum asalnya tetap haram kerana ia adalah harta yang diperoleh secara batil. Imam Ibn Hajar Al-Asqalani memberikan garis ukur bahawa seseorang itu haram mengambil keuntungan dan makan dari sumber yang haram jika perkara tersebut telah diharamkan oleh Allah, kata beliau: إِذَا حَرَّمَ عَلَى قَوْمٍ أَكْلَ شَيْءٍ حَرَّمَ عَلَيْهِمْ ثَمَنَهُ “Jika Allah mengharamkan kepada sesuatu kaum untuk memakan sesuatu, maka Allah juga mengharamkan kepada mereka untuk mengambil harga (keuntungan) darinya” (Fathul Bari: 4/425) Oleh itu, kami menasihatkan agar menjauhkan diri dari sumber yang haram kerana ia akan menyebabkan kita jauh dari rahmat Allah dan termasuk dalam golongan orang yang diseksa oleh Allah dengan azab api neraka. Renungilah apa yang diriwayatkan oleh Imam Baihaqi, dari Saidina Abu Bakar, bahawasanya Rasulullah bersabda: كُلُّ جَسَدٍ نَبَتَ مِنْ سُحْتٍ فَالنَّارُ أَوْلَى بِهِ “Setiap tubuh yang tumbuh dari hasil yang haram, maka nerakalah tempat yang lebih layak baginya.” (Syu‘ab al-Iman, hadis ke-5375) والله أعلم بالصواب.
chevron_left
Kembali