home
Laman Utama
content_paste
Fatwa Negeri Johor
Himpunan Fatwa Negeri Johor
Fatwa Mengikut Kategori
Fatwa Diwartakan
Fatwa Tidak Warta
assignment
Soal Jawab Agama
Himpunan Soal Jawab
Soal Jawab Mengikut Kategori
Maklum Balas Soal Jawab
Semakan Soal Jawab
explore
Permohonan Kiblat
chevron right
Permohonan Pengukuran Arah Kiblat
Semakan Permohonan Arah Kiblat
menu_book
Manual Pengguna
language
Website Jab Mufti
Toggle navigation
Detail Soal Jawab Agama
Soalan :
Assalamualaikum Tuan/Puan Saya Amanina. Saya ada pertanyaan mengenai sertu. Jika makanan haiwan atau ubatan haiwan mengandungi babi, perlu ke sertu selepas bersentuhan dengan ubat atau makanan tersebut? Sebab saya ada baca dari ustaz azhar idrus mengatakan tak perlu kerana ianya sudah tidak zahir/nyata. Harap dapat memberi maklum balas kepada saya. Terima kasih
Tahun Dikeluarkan :
Kategori :
Jawapan :
Assalamualaikum WBT.. Allah Taala melarang kita mengambil manfaat dari daging babi dan apa yang terlahir darinya. Secara umumnya, pengharaman daging babi adalah berdasarkan kepada firman Allah SWT: حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنزِيرِ Maksudnya: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya).” (Surah al-Maidah: 3) Rasulullah juga mengatakan bahawa harus kita mengambil ubat apabila kita menghidapi penyakit dan baginda melarang kita mengambil sesuatu yang diharamkan oleh Allah untuk dijadikan sebagai ubat. Diriwayatkan oleh Abu Darda’ R.A, Rasulullah SAW bersabda: إِنَّ اللَّهَ أَنْزَلَ الدَّاءَ وَالدَّوَاءَ، وَجَعَلَ لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءً فَتَدَاوَوْا وَلاَ تَدَاوَوْا بِحَرَامٍ Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan ubat dan menyediakan bagi setiap penyakit itu ubat. Maka berubatlah, dan janganlah kamu berubat dengan benda yang diharamkan.” Riwayat Abu Daud: 3870 Namun jika seseorang itu mengambil ubat yang telah bercampur dengan najis, maka ia diharuskan dan tidak dianggap najis kerana kehilangan zat najis tersebut. Imam Ibn Hajar Al-Haitami mengatakan dalam Tuhfah (9/170): أَمَّا مُسْتَهْلَكَةٌ مَعَ دَوَاءٍ آخَرَ فَيَجُوزُ التَّدَاوِي بِهَا كَصَرْفِ بَقِيَّةِ النَّجَاسَاتِ إنْ عَرَفَ أَوْ أَخْبَرَهُ عَدْلُ طِبٍّ بِنَفْعِهَا وَتَعَيُّنِهَا بِأَنْ لَا يُغْنِي عَنْهَا طَاهِرٌ وَيَظْهَرُ فِي مُتَنَجِّسٍ بِخَمْرٍ وَنَجِسٍ غَيْرُهُ أَنَّهُ يَجِبُ تَقْدِيمُ هَذَا “Adapun najis yang bercampur dengan ubat lain lalu hilang sifat asalnya, maka harus berubat dengannya, sebagaimana harus menggunakan baki najis lain jika diketahui oleh seseorang atau diberitahu oleh doktor yang adil akan manfaatnya serta keperluan khusus kepadanya, iaitu tiada bahan yang suci dapat menggantikannya. Dan hal ini lebih jelas pada ubat yang tercemar dengan arak atau najis selainnya bahawa wajib mendahulukan ubat tersebut jika perlu.” Imam Khatib Syirbini juga mengatakan hukum sebegini dalam Mughni Muhtaj (5/518): أَمَّا التِّرْيَاقُ الْمَعْجُونُ بِهَا وَنَحْوُهُ مِمَّا تُسْتَهْلَكُ فِيهِ فَيَجُوزُ التَّدَاوِي بِهِ عِنْدَ فَقْدِ مَا يَقُومُ مَقَامَهُ مِمَّا يَحْصُلُ بِهِ التَّدَاوِي مِنْ الطَّاهِرَاتِ كَالتَّدَاوِي بِنَجَسٍ كَلَحْمِ حَيَّةٍ وَبَوْلٍ، وَلَوْ كَانَ التَّدَاوِي بِذَلِكَ لِتَعْجِيلِ شِفَاءٍ بِشَرْطِ إخْبَارِ طَبِيبٍ مُسْلِمٍ عَدْلٍ بِذَلِكَ أَوْ مَعْرِفَتِهِ لِلتَّدَاوِي بِهِ “Adapun seperti tiryaq (ubat penawar) yang digaul dengan bahan najis (seperti arak) dan telah hilang sifat najisnya, maka harus berubat dengannya sekiranya tiada ubat suci lain yang mampu menggantikannya dalam menyembuhkan.Demikian juga hukumnya seperti berubat dengan najis lain, seperti daging ular atau air kencing, bahkan jika rawatan itu hanya untuk mempercepatkan penyembuhan, tetap harus dengan syarat: -Disahkan oleh doktor Muslim yang adil. -Pesakit sendiri mengetahui faedah rawatan tersebut secara sahih.” Hal ini bertepatan dengan kaedah: الضَّرُورَاتُ تُبِيحُ الْمَحْظُورَاتِ “Keadaan darurat mengharuskan perkara yang diharamkan.” Kesimpulannya: -Ubat yang bercampur dengan unsur babi tidak dianggap najis kerana ubat tersebut telah hilang sifat najisnya. Maka, tidak perlu untuk membersihkan tangan atau mulut jika bersentuhan. -Diharuskan untuk mengambil ubat tersebut jika mempunyai darurat dan telah disahkan pengunaan tersebut daripada ahli doktor yang pakar. -Kadar campuran najis dengan ubat tersebut perlu dikawal agar tidak membawa kepada kemudaratan. Hal ini juga bertepatan dengan kaedah: مَا أُبِيحَ لِلضَّرُورَةِ يُقَدَّرُ بِقَدْرِهَا "Apa yang diharuskan kerana darurat, maka diharuskan sekadar kadar keperluannya sahaja." والله أعلم بالصواب.
chevron_left
Kembali