home
Laman Utama
content_paste
Fatwa Negeri Johor
Himpunan Fatwa Negeri Johor
Fatwa Mengikut Kategori
Fatwa Diwartakan
Fatwa Tidak Warta
assignment
Soal Jawab Agama
Himpunan Soal Jawab
Soal Jawab Mengikut Kategori
Maklum Balas Soal Jawab
Semakan Soal Jawab
explore
Permohonan Kiblat
chevron right
Permohonan Pengukuran Arah Kiblat
Semakan Permohonan Arah Kiblat
menu_book
Manual Pengguna
language
Website Jab Mufti
Toggle navigation
Detail Soal Jawab Agama
Soalan :
Assalamualaikum Tuan, Mohon pencerahan mengenai keadaan terkini orang Islam tentang bab aurat. Adakah atas nama sukan hiburan pertandingan orang Islam bolih mendedahkan aurat? Sekian terima kasih.
Tahun Dikeluarkan :
Kategori :
Jawapan :
Assalamualaikum WBT.. Menutup aurat adalah perintah wajib dalam Islam yang bersumber dari Al-Quran dan hadis Nabi SAW. Ia tidak boleh diabaikan atas alasan hiburan, sukan, atau pertandingan. Firman Allah SWT dalam Surah An-Nur ayat 31: وَقُل لِّلْمُؤْمِنَـٰتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَـٰرِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ Maksudnya: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka..." Ayat ini jelas memerintahkan wanita beriman untuk menjaga pandangan dan menutup aurat mereka dengan pakaian yang sopan dan tudung yang menutup dada. Namun perintah ini bukan sahaja dikhususkan kepada kaum hawa, akan tetapi ianya dituju juga kepada kaum lelaki sebagaimana firman Allah Taala dalam ayat 30 surah An-Nur. Rasulullah SAW juga memberi ancaman kepada umatnya yang enggan menutup aurat dalam Hadith: صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا: قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ، وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ، مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ، رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ، لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا، وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا "Dua golongan daripada ahli neraka yang aku belum pernah melihat mereka: satu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu, mereka memukul manusia dengannya; dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, menggoda dan tergoda, kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan sekian dan sekian." (Riwayat Muslim: 2128) Oleh itu, hukum mendedahkan aurat atas nama Sukan, Hiburan, atau Pertandingan adalah haram dan tidak ada keuzuran syar‘i yang membolehkan pendedahan aurat atas alasan tersebut. Kaedah Fiqh mengatakan: "الوَسَائِلُ لَهَا أَحْكَام المَقَاصِد" Maksudnya: "Wasīlah (jalan atau perantara) mengambil hukum seperti tujuan (maqasid) yang ingin dicapai." Jika satu aktiviti (seperti sukan atau pertandingan) membawa kepada pendedahan aurat, ia menjadi haram kerana wasilahnya membawa kepada perkara haram. Kesimpulannya: Menutup aurat adalah lambang kehormatan, ketaatan dan maruah Islam. Tidak ada keuzuran syar‘i yang membolehkan seseorang Islam (lelaki atau perempuan) membuka aurat atas nama kemajuan, sukan atau hiburan. Umat Islam perlu mendidik masyarakat dan menegur secara berhikmah, serta mengangkat isu ini ke peringkat dasar dan pentadbiran jika berlaku secara rasmi. والله أعلم بالصواب
chevron_left
Kembali