home
Laman Utama
content_paste
Fatwa Negeri Johor
Himpunan Fatwa Negeri Johor
Fatwa Mengikut Kategori
Fatwa Diwartakan
Fatwa Tidak Warta
assignment
Soal Jawab Agama
Himpunan Soal Jawab
Soal Jawab Mengikut Kategori
Maklum Balas Soal Jawab
Semakan Soal Jawab
explore
Permohonan Kiblat
chevron right
Permohonan Pengukuran Arah Kiblat
Semakan Permohonan Arah Kiblat
menu_book
Manual Pengguna
language
Website Jab Mufti
Toggle navigation
Detail Soal Jawab Agama
Soalan :
Assalamualaikum w.b.t, Tuan Mufti / Pegawai Bertugas, Saya ingin mendapatkan penjelasan berkenaan status lafaz yang saya ucapkan kepada isteri saya. Baru-baru ini, saya bergaduh dengan isteri. Dalam pergaduhan itu, isteri saya berkata: “Saya nak cari bekas teman lelaki saya semula.” Kemudian saya menjawab: “Kalau betul awak nak cari dia, saya akan lepaskan awak.” Soalan saya: Adakah lafaz saya itu dikira sebagai talak (sama ada talak taklik atau talak secara tergantung)? Apakah kesannya jika isteri benar-benar melakukan perkara yang disebutkan? Saya memohon penjelasan supaya saya dapat memahami kedudukan sebenar dari sudut syarak. Sekian, terima kasih atas perhatian pihak tuan. Wassalam. Nama: Akid No. Telefon: 014-9596939
Tahun Dikeluarkan :
Kategori :
Jawapan :
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين Terima kasih diucapkan kepada tuan atas soalan yang diberikan. Penceraian atau talak bermaksud memutuskan hubungan suami dan isteri daripada hubungan pernikahan atau perkahwinan yang sah menurut syariat Islam. Penceraian merupakan perkara yang diharuskan oleh Islam tetapi dibenci oleh Allah SWT sepertimana hadis Rasulullah SAW bersabda, “Sesuatu yang halal tetapi paling dibenci Allah adalah perceraian.” Maksudnya, perceraian adalah pilihan terakhir bagi pasangan suami isteri ketika memang tiada ada lagi jalan keluar yang lain. Lafaz talaq terbahagi kepada dua : lafaz secara jelas (lafaz Sorih) iaitu lafaz yang membawa maksud cerai atau talaq, dan lafaz secara kiasan (lafaz Kinayah) iaitu lafaz yang boleh membawa maksud cerai dan talaq atau maksud yang lain. Contoh lafaz Sorih : “engkau tertalaq” atau “aku ceraikan engkau” dan lafaz Sorih akan jatuh talaq secara terus manakala lafaz Kinayah memerlukan niat daripada suami, contohnya : “pergilah ke ahli keluarga engkau” atau “jauhkan diri dari aku”. Selain itu, lafaz talaq juga akan jatuh dengan Ta`liq. Lafaz Ta`liq bermaksud suami menggantungkan talaq kepada isterinya dengan sesuatu seperti : “sekiranya kamu keluar dari rumah, kamu akan tertalaq”. Berbalik kepada soalan yang diajukan, lafaz “saya akan lepaskan awak’’ yang tuan lafazkan kepada isteri adalah lafaz talaq secara Kinayah (kiasan). Isteri tuan dinasihatkan agar tidak melakukan perkara yang dilarang tersebut dan jika isteri melakukan perkara tersebut, isteri mungkin akan jatuh talaq sekiranya suami berniat lafaz tersebut ialah cerai. Namun begitu, sebaiknya pasangan ini pergi ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan penjelasan dan pengesahan tentang status lafaz talaq. والله أعلم
chevron_left
Kembali