home
Laman Utama
content_paste
Fatwa Negeri Johor
Himpunan Fatwa Negeri Johor
Fatwa Mengikut Kategori
Fatwa Diwartakan
Fatwa Tidak Warta
assignment
Soal Jawab Agama
Himpunan Soal Jawab
Soal Jawab Mengikut Kategori
Maklum Balas Soal Jawab
Semakan Soal Jawab
explore
Permohonan Kiblat
chevron right
Permohonan Pengukuran Arah Kiblat
Semakan Permohonan Arah Kiblat
menu_book
Manual Pengguna
language
Website Jab Mufti
Toggle navigation
Detail Soal Jawab Agama
Soalan :
Assalamualaikum Tuan Mufti, Saya bercadang untuk mendaki Gunung Kinabalu dan Gunung Ledang. Pihak pengurusan kedua-dua gunung ini mewajibkan pembelian insurans yang disertakan dalam bayaran masuk. Setahu saya, insurans ini haram. Adakah saya diharamkan untuk saya mendaki gunung tersebut? Terima Kasih.
Tahun Dikeluarkan :
Kategori :
Jawapan :
Assalamualaikum WBT.. Dalam Islam, kita digalakkan untuk membantu orang dalam kebaikan. Firman Allah Taala dalam surah Al-Maidah, ayat ke-2: وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa dan pencerobohan.” Syariah merujuk kepada takaful, iaitu satu sistem perlindungan yang berteraskan prinsip Islam. Pertolongan ini mestilah didasari dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Melihat kepada persoalan yang diberikan, kami sarankan agar mengambil produk-produk takaful yang patuh syariah yang menawarkan pelbagai jenis perlindungan secara Islam. Hukum menyertai insurans patuh syariah adalah harus (dibenarkan), selagi ia bebas dari unsur-unsur yang dilarang oleh Islam, seperti riba (faedah), gharar (ketidakpastian berlebihan), dan maisir (perjudian). Produk insurans patuh syariah merujuk kepada takaful, iaitu satu sistem perlindungan yang berteraskan prinsip Islam. HUKUM MENDAKI GUNUNG Hukum mendaki gunung harus jika seseorang itu mahir dalam mendaki, mempunyai kelengkapan keselamatan yang baik dan tidak menyebabkan kemudaratan atas dirinya. Tambahan pula, seseorang itu juga boleh menyaksikan perihal orang yang hendak mendaki gunung sebagai panduan dalam mendaki. Salah seorang ulama bermazhab Hanafi, Imam Alauddin Al-Haskafi menyatakan dalam kitab Durr Mukhtar (m/s 664): وَكَذَا يَحِلُّ كُلُّ لَعِبٍ خَطَرٍ لِحَاذِقٍ تَغْلِبُ سَلَامَتُهُ كَرَمْيٍ لِرَامٍ وَصَيْدٍ لِحَيَّةٍ وَيَحِلُّ التَّفَرُّجُ عَلَيْهِمْ حِينَئِذٍ وَحَدِيثُ «حَدِّثُوا عَنْ بَنِي إسْرَائِيلَ» يُفِيدُ حِلَّ “Demikian juga diharuskan setiap permainan yang berisiko (mengandungi bahaya) bagi orang yang mahir (dalam permainan itu) yang mana keselamatannya lebih diutamakan, seperti lontaran panah bagi pemanah, memburu ular, dan seumpamanya. Dan harus juga melihat/menyaksikan mereka ketika itu. Dan hadis ‘Sampaikanlah daripada Bani Isra’il’ menunjukkan keharusan (menyampaikan kisah mereka).” Kesimpulannya, seseorang itu harus mengambil insurans patuh syariah (takaful) adalah harus (dibenarkan) selagi ia bebas dari unsur-unsur yang dilarang oleh Islam dan seseorang itu boleh mendaki gunung jika dia mempunyai kemahiran, bimbingan dari pakar pendaki dan kelengkapan keselamatan yang sempurna. والله أعلم
chevron_left
Kembali