home
Laman Utama
content_paste
Fatwa Negeri Johor
Himpunan Fatwa Negeri Johor
Fatwa Mengikut Kategori
Fatwa Diwartakan
Fatwa Tidak Warta
assignment
Soal Jawab Agama
Himpunan Soal Jawab
Soal Jawab Mengikut Kategori
Maklum Balas Soal Jawab
Semakan Soal Jawab
explore
Permohonan Kiblat
chevron right
Permohonan Pengukuran Arah Kiblat
Semakan Permohonan Arah Kiblat
menu_book
Manual Pengguna
language
Website Jab Mufti
Toggle navigation
Detail Soal Jawab Agama
Soalan :
Assalamualaikum w.b.t. Terima kasih untuk ruang persoalan dan maklum balas jawapan untuk pihak Jabatan Mufti Johor. Saya ingin bertanya mengenai perniagaan infaq yang kian meluas di media sosial. Situasi adalah seperti berikut : Hidayah mempunyai perniagaan nasi lemak berharga rm 3 sebungkus, setiap hari khamis, Hidayah akan iklankan seperti berikut di laman sosial "Infaq nasi lemak RM 3 sebungkus, slot dibuka sebanyak 100 bungkus nasi lemak, Infaq nasi lemak di masjid berdekatan untuk jemaah solat jumaat, Mohon melakukan pembayaran melalui QR code di bawah. Semoga Allah terima infaq akhirat kita semua amiin" Kemudian, 100 bungkus slot dibuka telah penuh, hasil daripada bayaran infaq orang ramai dan pada hari jumaat, nasi lemak sebanyak 100 bungkus dihantar ke masjid berdekatan. Soalan 1 Adakan halal di sisi syarak cara ini Soalan 2 Jika tidak halal di sisi syarak cara ini, apakah cara yang Islam ajar untuk infaq jika mempunyai perniagaan Soalan 3 Adakah benar jika iklan seperti di atas telah menimbulkan ragu ragu dalam infaq Soalan 4 Adakah RM 3 sebungkus nasi lemak sebanyak 100 bungkus perlu infaq di masjid tanpa mengambil kos duit upah, modal atau Jika modal RM 1 sebungkus nasi lemak, jumlah RM 100 modal boleh diambil oleh Hidayah Jika upah RM 1 sebungkus nasi lemak, jumlah RM 100 upah boleh diambil oleh Hidayah Jika untung RM 1 sebungkus nasi lemak, jumlah RM 100 untung boleh diambil oleh Hidayah maka, RM 300 (modal, upah, untung) diambil oleh Hidayah dan 100 bungkus nasi lemak di infaq di masjid atau RM 200 (modah, upah) diambil oleh Hidayah namun 100 bungkus nasi lemak serta RM 100 di infaq di masjid Mohon maaf atas kegusaran yang timbul di fikiran dek ceteknya ilmu saya, terima kasih untuk maklum balas
Tahun Dikeluarkan :
Kategori :
Jawapan :
بسم الله الرحمن الرحيم Alaikumussalam. Jual beli dan Infaq merupakan dua perkara yang berbeza. Menurut Imam Khatib Syarbini dalam kitab Iqna’, jual beli dari sudut syarak adalah: مقابلة مال بمال على وجه مخصوص “Pertukaran harta dengan harta melalui cara tertentu.” (Iqna’: 2/273) Jual beli dalam Islam membawa kepada konsep pertukaran harta dengan harta seperti duit dengan nasi lemak yang dijual di kedai atau gerai makanan. Namun apabila kita memberi duit dengan tujuan untuk memberikan sesuatu, bukan untuk permilikan maka itu dinamakan sebagai sedekah. Maka sedekah ini disunatkan walaupun sesuatu yang kecil atau ringan kepada golongan yang memerlukan. Kata Imam Khatib: ويسن أن يخص بصدقته أهل الخير والمحتاجين ولو كان التصديق بشيء يسير “Disunatkan agar seseorang mengutamakan sedekahnya kepada orang-orang yang baik dan golongan yang memerlukan, walaupun sedekah itu hanya dengan sesuatu yang sedikit nilainya.” (Iqna’ 2/233) Berdasarkan soalan yang diberikan, diharuskan bagi pemberi untuk memberikan duit kepada penjual atas dasar infaq dengan duit atau nilaian yang disepakati antara pembeli dan penjual. Namun begitu, kedua-dua pihak ini tidak lagi dianggap sebagai penjual dan pembeli tetapi mereka akan dianggap sama ada menjadi pewakil atau orang yang diwakilkan atasnya untuk menyalurkan nasi lemak hasil dari harta infaq kepada golongan yang memerlukan. Antara syarat yang perlu dipatuhi ialah: Tiada unsur paksaan. Pewakil (Peniaga nasi lemak) mestilah beramanah dan perlu tahu apa yang diwakilkan kepadanya iaitu harta infaq. Mesti mempunyai sikap jujur dan telus dalam menggalaskan amanah yang diberikan. والله أعلم بالصواب الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعي
chevron_left
Kembali