home
Laman Utama
content_paste
Fatwa Negeri Johor
Himpunan Fatwa Negeri Johor
Fatwa Mengikut Kategori
Fatwa Diwartakan
Fatwa Tidak Warta
assignment
Soal Jawab Agama
Himpunan Soal Jawab
Soal Jawab Mengikut Kategori
Maklum Balas Soal Jawab
Semakan Soal Jawab
explore
Permohonan Kiblat
chevron right
Permohonan Pengukuran Arah Kiblat
Semakan Permohonan Arah Kiblat
menu_book
Manual Pengguna
language
Website Jab Mufti
Toggle navigation
Detail Soal Jawab Agama
Soalan :
Assalamualaikum wbt, Saya ingin memohon penjelasan berkenaan hukum haid dan istihadhah. Berikut adalah catatan tarikh dan keadaan saya : Saya haid 16hb hingga 20hb. Kemudian saya solat sebab dah kuning cair saya anggap itu keputihan. Setelah 4 hari sunyi tiada darah yg keluar. Tiba-tiba, 26hb keluar merah/coklat gelap. Pada mulanya saya syak itu haid tapi bila saya bersihkan kemaluan dan seluk kapas hanya ada noda "kuning cair". Saya pun anggap ini darah istihadhah tapi sehingga 29hb saya masih keluar coklat dan pada siang hari 29hb pukul 2 saya tengok ada keluar darah lagi. Bau dan warnanya memang darah. saya kini keliru dan tertekan adakah ini HAID atau ISTIHADHAH? Mohon jasa baik pihak Mufti memberikan penjelasan. Jazakallahu khairan. Terima kasih.
Tahun Dikeluarkan :
Kategori :
Jawapan :
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين Terima kasih di atas persoalan yang telah diajukan. Pihak kami amat menghargai keprihatinan dan usaha puan dalam mendapatkan penjelasan hukum berkenaan perkara ini. Semoga ia menjadi panduan bermanfaat dalam urusan ibadah dan mendapat keberkatan Allah SWT. Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh puan, saya ringkaskan catatan tarikh puan dalam bentuk jadual : TARIKH BILANGAN HARI CATATAN 16hb – 20hb 5 hari Darah 21hb – 25hb 5 hari Tiada darah (Naqa`) 26hb – 29hb 4 hari Darah JUMLAH HARI 14 HARI Untuk makluman puan, penentuan sama ada darah yang keluar itu dikategorikan sebagai darah haid hendaklah berdasarkan tempoh keluarnya darah tersebut. Menurut hukum syarak, tempoh minimum haid ialah sehari semalam, manakala tempoh maksimum ialah lima belas hari. Adapun kebiasaan bagi kebanyakan wanita, tempoh haid berlangsung antara enam hingga tujuh hari. Berdasarkan maklumat yang puan berikan, darah yang keluar tersebut masih berada dalam tempoh haid. Oleh itu, darah itu dikira sebagai darah haid. Adapun solat dan ibadah yang telah puan tunaikan dalam tempoh naqa’ tersebut tidaklah dianggap berdosa. Selain itu, perlu juga difahami bahawa seorang wanita hanya dianggap suci daripada haid apabila telah berlalu sekurang-kurangnya 15 hari tanpa sebarang keluarnya darah, kerana tempoh suci minimum yang ditetapkan oleh syarak ialah 15 hari. Diharapkan penjelasan yang diberikan ini dapat membantu menjernihkan segala kekeliruan puan. Sekiranya puan ingin mendapatkan penjelasan lanjut, bolehlah mengemukakan maklumat tambahan secara lebih terperinci, termasuk kitaran haid terakhir, jumlah hari keluarnya darah, serta hari-hari yang tiada darah. والله أعلم بالصواب
chevron_left
Kembali