home
Laman Utama
content_paste
Fatwa Negeri Johor
Himpunan Fatwa Negeri Johor
Fatwa Mengikut Kategori
Fatwa Diwartakan
Fatwa Tidak Warta
assignment
Soal Jawab Agama
Himpunan Soal Jawab
Soal Jawab Mengikut Kategori
Maklum Balas Soal Jawab
Semakan Soal Jawab
explore
Permohonan Kiblat
chevron right
Permohonan Pengukuran Arah Kiblat
Semakan Permohonan Arah Kiblat
menu_book
Manual Pengguna
language
Website Jab Mufti
Toggle navigation
Detail Soal Jawab Agama
Soalan :
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Saya ingin bertanya bkenaan hutang puasa arwah mak saya. Mak saya di diagnose cancer paru2 & tiroid stage 4 pada bln 6 2022. Arwah mak saya baru saja meninggal pada 23 Januari 2025. Ada yg bgtau sakit syar'i tidak perlu bayar fidyah. Jadi saya hendak pastikan untuk arwah emak saya, dikena bayar fidyah atau tidak. Terima kasih
Tahun Dikeluarkan :
Kategori :
Jawapan :
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين Terima kasih atas soalan yang telah diberikan. Allah Taala berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat-184 : فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ “Maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.” Puasa Ramadan adalah kewajipan bagi setiap Muslim yang baligh dan berkemampuan. Namun, Islam memberikan kelonggaran kepada mereka yang menghadapi kesukaran, seperti orang sakit atau musafir, untuk berbuka dan menggantikan puasa pada hari lain. Ketetapan ini menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang mudah dan tidak membebankan, serta mementingkan kesejahteraan umatnya dalam menjalankan ibadah dengan penuh keikhlasan. Hal ini bertepatan dengan kaedah Fiqhiyyah: المشقة تجلب التيسير “Kesulitan membawa kemudahan.” Berdasarkan soalan yang telah diberikan, kami mendapati bahawa kanser paru-paru & tiroid tahap 4 yang dialami oleh arwah ibu dahulu termasuk dalam penyakit orang yang tidak mempunyai harapan sembuh. Orang yang berpenyakit seperti ini tidak wajib untuk berpuasa dan tidak wajib juga menggantikan puasanya namun dia wajib membayar fidyah. Imam Khatib menyatakan dalam kitab Iqna’ (1/242) : وَالْمَرِيض الَّذِي لَا يُرْجَى بُرْؤُهُ (إِن عجز) كل مِنْهُم (عَن الصَّوْم) بِأَن كَانَ يلْحقهُ بِهِ مشقة شَدِيدَة (يفْطر وَيطْعم) إِن كَانَ حرا (عَن كل يَوْم مدا) "Dan orang yang sakit yang tidak ada harapan sembuh (jika dia tidak mampu berpuasa) kerana menyebabkan kesulitan yang berat baginya, maka dia boleh berbuka dan memberi makan (sebagai ganti) jika dia seorang yang merdeka, iaitu setiap hari sebanyak satu mudd (ukuran tertentu makanan)." Ini juga dinyatakan oleh Imam Ali Syubramalisi dalam Hasyiah beliau ke atas Nihayatul Muhtaj (3/819) : مَنْ أَفْطَرَ لِهَرَمٍ أَوْ عَجْزٍ عَنْ صَوْمٍ وَاجِبٍ لِزَمَانَةٍ أَوْ مَرَضٍ لَا يُرْجَى بُرْؤُهُ وَجَبَ عَلَيْهِ مُدٌّ لِكُلِّ يَوْمٍ "Sesiapa yang berbuka (tidak berpuasa) kerana faktor tua atau ketidakmampuan berpuasa yang wajib disebabkan kelemahan badan atau penyakit yang tidak ada harapan sembuh, maka wajib baginya membayar satu mudd (ukuran tertentu makanan) bagi setiap hari yang ditinggalkan." Namun, jika penyakit tersebut mempunyai harapan sembuh setelah mendapatkan kepastian dari doktor, maka dia tidak diwajibkan fidyah bahkan dia perlu menggantikan puasanya setelah dia sihat. Ini disebutkan dalam I’anah Thalibin (2/248) : ويلزمه مد لكل يوم، لأن لزومه إنما هو فيما لا يرجى برؤه، أما ما يرجى برؤه فلا يلزمه معه ذلك، وإنما يلزمه الصوم قضاء بعد الصحة "Dan dia wajib membayar satu mudd bagi setiap hari, kerana kewajiban ini hanya berlaku bagi mereka yang tidak ada harapan sembuh. Adapun bagi mereka yang ada harapan sembuh, maka fidyah tidak diwajibkan ke atasnya. Sebaliknya, dia wajib menggantikan puasa (qada’) setelah sembuh." Kesimpulannya, orang yang tidak mempunyai harapan sembuh tidak wajib berpuasa namun dia diwajibkan untuk membayar fidyah bagi puasa yang dia tinggalkan. والله أعلم بالصواب
chevron_left
Kembali