home
Laman Utama
content_paste
Fatwa Negeri Johor
Himpunan Fatwa Negeri Johor
Fatwa Mengikut Kategori
Fatwa Diwartakan
Fatwa Tidak Warta
assignment
Soal Jawab Agama
Himpunan Soal Jawab
Soal Jawab Mengikut Kategori
Maklum Balas Soal Jawab
Semakan Soal Jawab
explore
Permohonan Kiblat
chevron right
Permohonan Pengukuran Arah Kiblat
Semakan Permohonan Arah Kiblat
menu_book
Manual Pengguna
language
Website Jab Mufti
Toggle navigation
Detail Soal Jawab Agama
Soalan :
Assalamualaikum Pihak Jabatan Mufti Johor. Nama Saya Firdaus, tinggal dan bekerja di negeri johor. Saya ada pertanyaan, Zakat Emas wajib dibayar Setahun Sekali Atau sekali seumur hidup? Contoh jika saya ada 100gram simpanan emas (bukan dipakai) dan disimpan selama 10 tahun, adakah zakat yang perlu saya keluarkan sekali sahaja dalam masa 10 tahun tersebut? Atau saya perlu mengeluarkan zakat selama 10kali (Setiap tahun) sepanjang 10 tahun ke atas 100gram emas tersebut? Mohon perjelasan dari pihak tuan. Terima Kasih Firdaus 0195711236
Tahun Dikeluarkan :
Kategori :
Jawapan :
Assalamualaikum WBT.. Terima kasih diucapkan kepada pihak tuan kerana mengajukan soalan. Merujuk kepada persoalan yang diajukan, seseorang itu wajib mengeluarkan zakat emas apabila cukup keempat-empat syarat (bukan salah satu, akan tetapi semuanya) ini: Islam. Cukup nisab : Berat kiraan emas mencapai nilai minimum yang diwajibkan zakat (bagi emas yang disimpan dan tidak dipakai adalah seberat 85 gram). Cukup haul : Emas berada dalam pemilikan sekurang-kurangnya satu tahun Hijrah iaitu 354 hari atau tahun masihi iaitu selama 365 hari. Pemilikan sempurna : Tiada orang lain yang memiliki emas tersebut melainkan tuan sendiri. Merujuk kepada persoalan tuan, emas yang disimpan sudah mencukupi semua syarat di atas dan sudah diwajibkan untuk dizakatkan. Nilai yang diwajibkan zakat adalah sebanyak 2.5% bagi nilai semasa emas tersebut. Sebagai contoh, sekiranya emas seberat 85 gram mempunyai nilai sebanyak RM 36,652, maka zakat emas yang perlu dikeluarkan bagi tahun tersebut adalah bernilai RM 916.30 (2.5% x RM 36,652). Zakat emas yang cukup syaratnya namun tidak dibayar perlulah diqada'kan pembayarannya. Hal ini bermaksud, tuan perlu mengeluarkan bayaran zakat emas bagi 10 tahun tersebut. Sekiranya tuan tidak pasti nilaian semasa tahun tersebut, tuan boleh merujuk kepada nilaian yang terdekat yang diyakini atau hadir ke Majlis Agama Islam Daerah Johor Bahru atau daerah lain atau Pusat Kutipan Zakat MAINJ bagi mendapatkan kiraan yang lebih tepat. Contoh anggaran kiraan bagi emas seberat 100 gram adalah seperti berikut (contoh sahaja, tuan perlu rujuk MAINJ bagi mendapatkan kiraan sebenar): 1. Tahun 2015 - Baru beli emas pada 1 Januari 2015, maka tidak perlu bayar zakat kerana belum cukup haul (1 tahun) 2. Tahun 2016 - Sudah perlu bayar zakat kerana sudah cukup haul. Nilai emas 100 gram pada tahun 2016 adalah sebanyak RM 15,900. Zakat emas yang perlu dibayar adalah sebanyak RM 397.50 (2.5%) 3. Tahun 2017 - RM 425.00 (2.5% x RM 17,000) 4. Tahun 2018 - RM 467.50 (2.5% x RM 18,700) 5. Tahun 2019 - RM 475.00 (2.5% x RM 19,000) 6. Tahun 2020 - RM 642.50 (2.5 x RM 25,700) 7. Tahun 2021 - RM 606.75 (2.5% x RM 24,270) 8. Tahun 2022 - RM 614.00 (2.5% x RM 24,560) 9. Tahun 2023 - RM 645.75 (2.5% x RM 25,830) 10. Tahun 2024 - RM 763.13 (2.5% x RM 30,525) Jumlah zakat emas yang perlu diqada': RM 5,037.13. *Sila rujuk MAINJ untuk kiraan yang sebenar. Wallahu a'lam.
chevron_left
Kembali