home
Laman Utama
content_paste
Fatwa Negeri Johor
Himpunan Fatwa Negeri Johor
Fatwa Mengikut Kategori
Fatwa Diwartakan
Fatwa Tidak Warta
assignment
Soal Jawab Agama
Himpunan Soal Jawab
Soal Jawab Mengikut Kategori
Maklum Balas Soal Jawab
Semakan Soal Jawab
explore
Permohonan Kiblat
chevron right
Permohonan Pengukuran Arah Kiblat
Semakan Permohonan Arah Kiblat
menu_book
Manual Pengguna
language
Website Jab Mufti
Toggle navigation
Detail Soal Jawab Agama
Soalan :
Assalamualaikum w.b.t. Permasalahan ibadah umrah yang lalu. Saya pernah melakukan umrah beberapa tahun yang lalu. Ketika itu, saya jahil tentang hadas kecil sebelum berwudhu sebelum tawaf. Bagaimana dengan hukum umrah tersebut kerana kemungkinan besar saya berada dalam keadaan berhadas ketika tawaf? Setelah saya menghadiri kursus haji secara mendalam, saya mula merasa ragu dan terfikir masalah itu semula. Apakah yang patut saya buat? Adakah saya masih dalam keadaan ihram atau perlu bayar dam? Berapakah dam yang perlu saya bayar? Sebab saya ada terbaca, jika umrah tidak sah maka kita berada dalam ihram sampai bila-bila. Mohon bantuan penjelasan dari pihak tuan.
Tahun Dikeluarkan :
Kategori :
Jawapan :
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين Antara syarat sah tawaf adalah suci dari hadas dan suci dari najis sama ada pada badan, pakaian dan tempat tawafnya. Bagi seseorang yang berhadas ketika dia sedang melakukan tawaf sama ada wajib atau sunat maka tawafnya tidak sah. Perkara ini berdasarkan dalil yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah ketika beliau haid ketika sampai ke Mekah, lalu beliau mengadu kepada Rasulullah, dan baginda bersabda: افْعَلِي كَمَا يَفْعَلُ الْحَاجُّ، غَيْرَ أَنْ لَا تَطُوفِي بِالْبَيْتِ حَتَّى تَطْهُرِي “Lakukanlah sebagaimana yang dilakukan oleh orang yang menunaikan haji, kecuali janganlah engkau melakukan tawaf di Kaabah sehingga engkau suci.” (Sahih Bukhari, hadis 1650) Kata Imam Nawawi dalam Raudatun Thalibin (3/79): فَلَوْ طَافَ مُحْدِثًا، أَوْ عَارِيًا، أَوْ عَلَى بَدَنِهِ أَوْ ثَوْبِهِ نَجَاسَةٌ غَيْرُ مَعْفُوٍّ عَنْهَا لَمْ يَصِحَّ طَوَافُهُ “Maka sekiranya seseorang itu melakukan tawaf dalam keadaan berhadas, atau dalam keadaan telanjang, atau pada badannya atau pakaiannya terdapat najis yang tidak dimaafkan, maka tidak sah tawafnya.” Apabila seseorang itu tidak sah tawafnya, maka umrahnya tidak sah kerana tawaf merupakan rukun dalam umrah. Oleh itu, apabila seseorang sudah bercukur (tahallul) sedangkan dia tidak menyempurnakan tawafnya maka umrahnya tidak sah dan dia diwajibkan membayar dam kerana bercukur ketika dalam keadaan ihram. Dam yang perlu dilaksanakan adalah Takhyir wa Taqdir iaitu menyembelih seekor kambing atau bersedekah dengan cara memberi makan kepada enam (6) orang fakir miskin sebanyak dua (2) cupak setiap seorang atau berpuasa selama tiga (3) hari semasa di Tanah Suci Makkah ataupun di tempat-tempat lain. Untuk makluman lebih lanjut dalam prosedur pembayaran, sila bertanya kepada pihak pengurusan umrah atau haji tentang perkara tersebut. والله أعلم
chevron_left
Kembali