home
Laman Utama
content_paste
Fatwa Negeri Johor
Himpunan Fatwa Negeri Johor
Fatwa Mengikut Kategori
Fatwa Diwartakan
Fatwa Tidak Warta
assignment
Soal Jawab Agama
Himpunan Soal Jawab
Soal Jawab Mengikut Kategori
Maklum Balas Soal Jawab
Semakan Soal Jawab
explore
Permohonan Kiblat
chevron right
Permohonan Pengukuran Arah Kiblat
Semakan Permohonan Arah Kiblat
menu_book
Manual Pengguna
language
Website Jab Mufti
Toggle navigation
Detail Soal Jawab Agama
Soalan :
Assalamualaikum Tuan mufti dan staff jabatan mufti. Saya ada dengar berkaitan mandi bunga atau urutan badan dapat membantu golongan TTC (Trying To Conceive) atau pasangan yang berusaha untuk hamil untuk cepat dapat anak. Apakah pandangan dari segi agama berkaitan perkara ini? Mohon pencerahan Sekian terima kasih
Tahun Dikeluarkan :
Kategori :
Jawapan :
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين Hukum mandi bunga atau urutan badan sebagai ikhtiyar bagi menjaga kesihatan dan kesegaran tubuh badan untuk mendapat anak adalah harus selagi tidak disertakan dengan unsur syirik dan khurafat yang menyalahi syarak. Nabi Muhammad telah bersabda: الْحَلَالُ مَا أَحَلَّ اللهُ فِي كِتَابِهِ، وَالْحَرَامُ مَا حَرَّمَ اللهُ فِي كِتَابِهِ، وَمَا سَكَتَ عَنْهُ فَهُوَ مِمَّا عَفَا عَنْهُ “Apa yang dihalalkan oleh Allah dalam kitab-Nya (al-Qur'an), itulah yang halal. Dan apa yang diharamkan oleh Allah dalam kitab-Nya, itulah yang haram. Manakala perkara-perkara yang tidak disebut oleh-Nya, maka ia termasuk dalam perkara yang Allah beri keampunan (dibolehkan dan tidak berdosa jika dilakukan).” (Riwayat Imam Tabrani dalam Mu’jam Kabir, hadis ke-6124) Kaedah Fiqh juga menyatakan, الأصل في الأشياء الإباحة حتى يدل الدليل على التحريم “Hukum asal bagi sesuatu perkara adalah harus, sehinggalah terdapat dalil yang menunjukkan pengharamannya” (Asybah wa Nazair, m/s 60) Tambahan pula, Kita sebagai hamba Allah mestilah berdoa dan meminta pertolongan dari-Nya agar kita mendapat zuriat yang soleh dan solehah sepertimana doa Nabi Musa tatkala dihimpit perasaannya dengan tekanan oleh Firaun. Firman Allah SWT: فَقَالَ رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ Maksudnya: Maka (Nabi Musa pun berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan". (Surah al-Qasas, 28:24) Wallahua`lam.
chevron_left
Kembali