home
Laman Utama
content_paste
Fatwa Negeri Johor
Himpunan Fatwa Negeri Johor
Fatwa Mengikut Kategori
Fatwa Diwartakan
Fatwa Tidak Warta
assignment
Soal Jawab Agama
Himpunan Soal Jawab
Soal Jawab Mengikut Kategori
Maklum Balas Soal Jawab
Semakan Soal Jawab
explore
Permohonan Kiblat
chevron right
Permohonan Pengukuran Arah Kiblat
Semakan Permohonan Arah Kiblat
menu_book
Manual Pengguna
language
Website Jab Mufti
Toggle navigation
Detail Soal Jawab Agama
Soalan :
Assalamualaikum w.b.t. Saya Sa'dullah bin Zakaria dari Batu Pahat, Johor ingin bertanya tentang hukum menjalani rawatan berhenti merokok di Klinik Kesihatan Kerajaan. Sedikit sebanyak berkenaan kaedah awal perawatan adalah dengan menyedut/menghisap mesin kiraan carbon. Adakah kaedah ini termasuk dalam hal-hal yang membatalkan ibadah puasa? Diharapkan pihak Jabatan Mufti Johor dapat memberikan jawapan dan panduan penuh berkenaan kemusykilan ini. Sekian, terima kasih.
Tahun Dikeluarkan :
Kategori :
Jawapan :
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين Moga Allah Taala memudahkan urusan tuan. Dalam mazhab Syafie, antara perkara yang membatalkan puasa ialah memasukkan sesuatu dalam rongga terbuka. Seseorang yang memasukkan sesuatu dari bahagian luar seperti mulut atau hidung sehingga masuk dalam rongga terbuka dengan sengaja maka batal puasanya. Hal ini disebutkan dalam Raudatun Thalibin (2/356): دخول شيء في جوفه - وقد ضبطوا الداخل المفطر بالعين الواصلة - الظاهر إلى الباطن في منفذ مفتوح عن قصد مع ذكر الصوم “Masuknya sesuatu ke dalam rongga tubuh – dan para ulama menetapkan bahawa perkara yang membatalkan puasa adalah apabila sesuatu yang masuk itu dapat dilihat secara jelas – iaitu dari bahagian luar ke dalam melalui saluran yang terbuka, dengan sengaja, serta dalam keadaan sedar bahawa dirinya sedang berpuasa. Dalam masalah menyedut udara, perbuatan ini tidak membatalkan puasa kerana udara yang tidak mengandungi sesuatu benda padanya. Maka ia tidak memberikan kesan kepada puasa seseorang. Namun jika udara tersebut dicampur atau dimasukkan sesuatu yang mempunyai jirim maka ia membatalkan puasa seseorang itu. Ini disebut dalam kitab Bughyatul Musytarsyidin (140): لا يضر وصول ريح بالشم و كذا من الفم كرائحة البخور أو غيره إلى الجوف و إن تعمده لأنه ليس عينا و خرج به ما فيه عين “Tidak membatalkan puasa jika bau atau angin masuk ke dalam tubuh melalui hidung ketika menghidu sesuatu, begitu juga jika masuk melalui mulut seperti bau asap kemenyan atau selainnya, walaupun dilakukan dengan sengaja, kerana ia bukanlah suatu benda yang mempunyai zarah (ain). Namun, perkara yang memiliki jirim dikecualikan daripada perkara ini. “ Berdasarkan penyataan diatas, Perbuatan menyedut karbon itu tidak membatalkan puasa kerana dia dianggap seperti oksigen yang dihirup oleh kita setiap hari. Namun jika karbon itu ditambah dengan ubat yang mempunyai jirim padanya maka ia boleh membatalkan puasa. Cadangan dari kami: 1) Tuan perlu bertanya kepada doktor adakah udara karbon itu dicampur dengan ubat atau tidak. 2) Jika bercampur dengan ubat, jika kesihatan tuan tidak terjejas maka tuan perlu menundakan waktu di luar bulan Ramadan. Jika kesihatan tuan terjejas, dan perlu membatalkan puasa dengan menyedut udara karbon tersebut, maka tuan dibolehkan untuk berbuka dan wajib mengantikkan puasa tersebut di luar bulan Ramadan. Hal ini bertepatan dengan kaedah fiqh المشقة تجلب التيسير “Kesulitan itu membawa kepada kemudahan.” والله أعلم بالصواب.
chevron_left
Kembali