home
Laman Utama
content_paste
Fatwa Negeri Johor
Himpunan Fatwa Negeri Johor
Fatwa Mengikut Kategori
Fatwa Diwartakan
Fatwa Tidak Warta
assignment
Soal Jawab Agama
Himpunan Soal Jawab
Soal Jawab Mengikut Kategori
Maklum Balas Soal Jawab
Semakan Soal Jawab
explore
Permohonan Kiblat
chevron right
Permohonan Pengukuran Arah Kiblat
Semakan Permohonan Arah Kiblat
menu_book
Manual Pengguna
language
Website Jab Mufti
Toggle navigation
Detail Soal Jawab Agama
Soalan :
Assalamualaikum w.b.t. Tuan/puan. Nama saya Nurul Ain Binti Ghazali. PERKARA : Wasiat Aset / Barang Persatuan ( NGO ) PENERANGAN RINGKAS *************************** Persatuan saya mempunyai 8 orang Ahli Jawatankuasa Persatuan di tubuhkan untuk menggerakkan kerja- kerja dakwah seperti menganjurkan selawat dan majlis - majlis ilmu. Sumber kewangan persatuan adalah daripada tajaan korporat dan infaq daripada orang ramai. Di antara perbelanjaan yang di buat adalah membeli pa system, michrophone, screen projector, handphone pengurusan dan sebagainya. SOALAN ******** 1. Jika salah seorang daripada Ahli Persatuan meninggal dunia dan persatuan tidak lagi mahu di teruskan. Kepada siapa barang dan aset perlu di wasiatkan? 2. Adakah barang - barang infaq atas niat dan akad untuk dijalankan kerja - kerja persatuan boleh di gunakan untuk urusan peribadi Ahli Jawatankuasa? Apakah hukumnya? Cth : PA System yang di beli atas niat untuk majlis ilmu, tetapi di gunakan untuk majlis perkahwinan anak Ahli Jawatankuasa. Mohon Maklumbalas dan pencerahan. Terima Kasih
Tahun Dikeluarkan :
Kategori :
Jawapan :
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين Terima kasih atas soalan yang diajukan. Jika persatuan tidak dapat diteruskan lagi, maka barang-barang kegunaan persatuan haruslah diinfaqkan kepada masjid dan surau, jika tidak, boleh diinfaqkan ke sekolah agama atau tahfiz. Namun jika tiada siapa yang mahu menerimanya maka boleh dijual barangan tersebut dan duitnya itu disumbangkan ke tabung masjid yang menjalankan majlis ilmu agar pihak yang menginfaqkan barangan asal tersebut mendapat pahala yang berterusan Barang yang diinfaqkan boleh digunakan oleh ahli persatuan atas tujuan majlis ilmu sahaja, jika tidak maka ia tidak dibenarkan. والله أعلم بالصواب
chevron_left
Kembali