home
Laman Utama
content_paste
Fatwa Negeri Johor
Himpunan Fatwa Negeri Johor
Fatwa Mengikut Kategori
Fatwa Diwartakan
Fatwa Tidak Warta
assignment
Soal Jawab Agama
Himpunan Soal Jawab
Soal Jawab Mengikut Kategori
Maklum Balas Soal Jawab
Semakan Soal Jawab
explore
Permohonan Kiblat
chevron right
Permohonan Pengukuran Arah Kiblat
Semakan Permohonan Arah Kiblat
menu_book
Manual Pengguna
language
Website Jab Mufti
Toggle navigation
Detail Soal Jawab Agama
Soalan :
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Saya ingin meminta tolong dan menjelaskan panduan. Terlebih dahulu ingin saya menyatakan yang diri ini tidaklah amanah dalam melaksanakan kewajipan sebagai hamba Allah selama 8 tahun kebelakangan ini. Berikut adalah beberapa persoalan yang ingin ditanyakan: 1. Solat - Bagaimana panduan terbaik untuk mengqada' solat yang telah ditinggalkan selama 8 tahun? - Pada waktu manakah boleh mengqada' solat tersebut? 2. Puasa - Diri ini telah meninggalkan puasa selama 8 tahun. Adakah dibolehkan untuk berpuasa berturut-turut selama 8 bulan sebagai ganti? - Apakah niat yang perlu dilafazkan? - Selain berpuasa, adakah perlu membayar fidyah? Jika ya, berapa jumlah fidyah yang perlu dibayar untuk tempoh 240 hari (8 tahun x 30 hari)? 3. Zina - Adakah cukup sekadar bertaubat nasuha untuk dosa ini? - Jika pernah melihat aurat seseorang, adakah perlu meminta maaf kepada individu tersebut? Berharap urusan untuk memperbaiki diri dipermudahkan. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua usaha orang yang ingin kembali ke jalan yang diredai Terima kasih.
Tahun Dikeluarkan :
Kategori :
Jawapan :
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين Terima kasih atas pertanyaan tuan. Sekiranya kita meninggalkan sesuatu kewajipan Allah SWT, maka wajib bagi kita untuk menggantikannya 1. Panduan yang terbaik bagi mengqada' solat fardu - ialah dengan solat qada' tiap kali selepas solat fardu selama 8 tahun. Seperti contoh, ganti solat subuh selepas selesai solat subuh. 2. Puasa wajib yang ditinggalkan juga harus diqada mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Jika 8 tahun sudah meninggalkan puasa, jadi perlu ganti sama ada secara berturutan kecuali hari yang diharamkan berpuasa atau berpuasa secara berselang-selang. Untuk niat boleh dibaca نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ فَضَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى Sahaja aku berpuasa esok hari bagi menggantikan fardu puasa bulan Ramadan kerana Allah SWT. Jika kita tidak menggantikan puasa wajib sebelum bulan ramadan yang mendatang, maka wajib kita membayar fidyah mengikut hari yang ditinggalkan Kadar Fidyah 1 hari dendanya secupak beras Secupak beras = 1 mud 1 mud = nilai zakat fitrah semasa bahagi 4 Contoh : Nilai zakat fitrah bagi tahun 1445H 2024 ialah 7.00 ringgit 7.00 ringgit bahagi 4 = RM 1.75 (nilai 1 cupak beras) Jadi RM1.75 × 240 hari = RM420 3. Dosa itu merupakan fitrah manusia, wajib bagi kita untuk sentiasa bertaubat kepada Allah SWT agar dosa dihapuskan. Jika dosa besar, harus kita meninggalkan perbuatan itu, bertaubat nasuha serta berazam untuk tidak melakukannua lagi. Adapun jika kita melihat aurat seseorang itu dengan sengaja, wajib untuk kita meminta maaf kepada mereka kerana kesilapan kita untuk melihatnya. Namun jika ia secara tidak sengaja maka tidak perlu perlu meminta maaf kepadanya. Oleh yang demikian, kita haruslah beristiqmah dalam melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. والله أعلم بالصواب.
chevron_left
Kembali