home
Laman Utama
content_paste
Fatwa Negeri Johor
Himpunan Fatwa Negeri Johor
Fatwa Mengikut Kategori
Fatwa Diwartakan
Fatwa Tidak Warta
assignment
Soal Jawab Agama
Himpunan Soal Jawab
Soal Jawab Mengikut Kategori
Maklum Balas Soal Jawab
Semakan Soal Jawab
explore
Permohonan Kiblat
chevron right
Permohonan Pengukuran Arah Kiblat
Semakan Permohonan Arah Kiblat
menu_book
Manual Pengguna
language
Website Jab Mufti
Toggle navigation
Detail Soal Jawab Agama
Soalan :
Assalam ustaz/ustazah. Maaf andai kata soalan saya agak panjang. Saya mengalami isu istihadah dan keputihan yang kerap menyebab kan saya selalu keliru dengan warna haid saya terutama ketika bulan puasa. Saya telah datang haid hari pertama 21/3/2026 dalam jam 12.00 tengahari pada hari ketiga puasa dan sehingga ke hari ke 15 (7/3/2026) masih ada cairan berwarna kuning dan keruh bersama lendir keputihan. Adakah saya masih dikira dalam keadaan haid atau istihadah? Kalau masih dalam tempoh masa 15 hari, adakah saya perlu mandi wajib pada hari ke 16 tarikh 8/3/2026 pada waktu sama pkul 12.00 tengahari dan tidak dikira berpuasa. Atau boleh sahaja saya mandi wajib ketika waktu subuh untuk membolehkan saya berpuasa dan solat subuh dalam keadaan istihadah? Bantuan ustaz/ustazah atas persoalan saya amat saya hargai dan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Tahun Dikeluarkan :
Kategori :
Jawapan :
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين Berdasarkan kepada tarikh datang haid hari pertama iaitu pada 21 Februari 2026 jam 12.00 tengahari dan pada 7 Mac 2026. Puan nyatakan masih ada cairan kuning beserta warna keruh dan belum putih dan jika puan sebelum ini mengalami haid selama 15 hari 15 malam, maka darah yang keluar bermula 21 Februari hingga 7 Mac (warna keruh) adalah dikira masih dalam tempoh haid. tempoh 15 hari 15 malam adalah tempoh sebanyak-banyak haid dan hendaklah dikira dari jam 12.00 tengahari 21 Februari 2026 hingga 12.00 tengahari 8 Mac 2026. Iaitu cukup 15 hari 15 malam. Jika darah atau warna keruh masih keluar selepas 12.00 tengahari 8 Mac, itu adalah dikira istihadah, dan perlu mandi wajib untuk solat zohor, manakala puasa pada 8 Mac 2026 perlu diqada’, kerana sebelum jam 12.00 tengahari puan masih berada dalam tempoh haid. Sekian, semoga Allah SWT berikan kefahaman . والله أعلم بالصواب
chevron_left
Kembali