home
Laman Utama
content_paste
Fatwa Negeri Johor
Himpunan Fatwa Negeri Johor
Fatwa Mengikut Kategori
Fatwa Diwartakan
Fatwa Tidak Warta
assignment
Soal Jawab Agama
Himpunan Soal Jawab
Soal Jawab Mengikut Kategori
Maklum Balas Soal Jawab
Semakan Soal Jawab
explore
Permohonan Kiblat
chevron right
Permohonan Pengukuran Arah Kiblat
Semakan Permohonan Arah Kiblat
menu_book
Manual Pengguna
language
Website Jab Mufti
Toggle navigation
Detail Soal Jawab Agama
Soalan :
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Adakah saya perlu mengulangi solat saya apabila hanya perasan di celah dalam mata saya ada sedikit tahi mata kering selepas solat. Perasan setelah masuk waktu solat kedua. Bantuan ustaz/ustazah atas persoalan saya amat saya hargai dan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Tahun Dikeluarkan :
Kategori :
Jawapan :
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين Syarat sah solat mestilah suci daripada hadas kecil dan hadas besar. Yang dimaksudkan hadas kecil adalah sesuatu yang mewajibkan wuduk keatasnya. Apabila seseorang yang membasuh muka ketika wuduk, dia mestilah membasuh semua had mukanya termasuk celah matanya. Tahi mata yang masih ada di mata walaupun selepas wuduk menjadikan wuduk tidak sah kerana ia menghalang air dari sampai ke bahagian celah mata. Kata Imam Khatib dalam Iqna’ (1/41): أما مآق العين فيغسل بلا خلاف فإن كان عليه ما يمنع وصول الماء إلى المحل الواجب كالرماص وجبت إزالته “Adapun celah mata, maka wajib dibasuh tanpa sebarang khilaf. Jika terdapat padanya sesuatu yang menghalang sampainya air ke tempat yang wajib dibasuh, seperti tahi mata, maka wajiblah dihilangkan.” Ketika seseorang sudah berwuduk, namun dia menyedari bahawa tahi matanya tidak dihilangkan, maka tidak sah wuduk tersebut dan dia mestilah membasuh celah matanya dan mengulangi basuhan muka dan kaki serta menyapu kepalanya serta menjaga tertib dalam wuduk. Perkara ini difahami sama seperti jika seseorang itu membasuh tangannya namun basuhan wuduknya tidak melalui kukunya, maka dia perlu ulangi semula wuduknya. Perkara ini disebutkan dalam kitab I’anah Talibin (1/51): ولو توضأ ثم تبين أن الماء لم يصب ظفره فقلمه لم يجزه بل عليه أن يغسل محل القلم ثم يعيد مسح رأسه وغسل رجليه مراعاة للترتيب. “Jika seseorang telah berwudhu’, kemudian didapati bahawa air tidak mengenai kukunya, lalu dia memotong kuku tersebut, maka wudhu’nya tidak sah. Bahkan wajib ke atasnya membasuh tempat kuku itu, kemudian mengulangi sapuan kepala dan membasuh kedua kakinya, demi menjaga tertib.” Kesimpulannya, seseorang itu mestilah mengulangi wuduk dan solatnya jika mengetahui terdapat tahi mata di matanya ketika solat kerana menghalang basuhan wuduk mengalir di bahagian muka khususnya pada bahagian mata yang menyebabkan wuduknya tidak sah. والله أعلم بالصواب
chevron_left
Kembali